BILA "KEKANDA" MUJAHID NAK TULIS SURAT KEPADA "ADINDA" NURUL IZZAH LAGI
Rencana Politik Bahasa Melayu Kritikan Nurul Izzah terhadap Dr Mahathir disambut reaksi bercampur-campur Nurul Izzah Anwar, Ahli parlimen Permatang Pauh ...cetus kontroversi SELEPAS Nurul Izzah Anwar meluahkan kekesalannya terhadap kepimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kepada agensi berita terkemuka Singapura The Straits Times, ada yang menyokong dan ada yang tidak. Antara isu yang diutarakan anggota parlimen Permatang Pauh itu adalah seperti berikut: Kedudukan Ronald Kiandee (1) Nurul Izzah membantah kenyataan perdana menteri mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC. Kiandee menang sebagai ahli parlimen Beluran, Sabah atas tiket Umno (BN) dalam PRU14 pada 9 Mei 2018 dan menjadi pembangkang. Beliau kemudian melompat keluar dari Umno dan menyertai parti komponen pemerintah PH iaitu Bersatu/PPBM. Beliau dipilih sebagai pengerusi PAC melalui satu proses di parlimen atas kedudukan beliau sebagai ahli parlimen pembangkang. Ini adalah sebahagian dari kom...