Posts

Showing posts from September, 2024

Sultan Ibrahim hadir majlis sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan

Image
Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah berkenan hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1446h/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Turut hadir mengiringi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR HARIAN METRO OLEH  HAIRUL ANUAR RAHIM Media tempatan melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mencemar duli berangkat bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 / 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di wilayah pentadbiran kerajaan Persekutuan itu, hari ini. Menurut Harian Metro , keberangkatan baginda berdua pada majlis bertemakan "Al-Falah Pemacu Malaysia Madani" itu diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini turut membabitkan penyertaan seramai 6,000 peserta dari 131 kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta. T

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H

Image
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H kepada seluruh umat Islam. Gambar ihsan Facebook Selangor Royal Office Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri ini. Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi hantaran Facebook Selangor Royal Office. Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnah Baginda. Untuk mencintai Rasulullah SAW, Sultan Selangor bertitah bahawa umat Islam perlu mengenali keperibadian dan sirah perjuangan Rasulullah SAW. "Mencintai Rasulullah SAW wajar dimulai dengan menjadikan baginda sebagai suri teladan dalam setiap aspek kehidupan, mengakui kebenaran yang dibawa, mengkaji kehebatan serta mengagungkan kemuliaan dan kebesaran Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah

Jangan hentam Jakim semberono

Image
Di luar bidang kuasa sudah menjadi alasan lazim organisasi kerajaan untuk melepaskan diri dari dipersalahkan  – " GISBH bukan bidang kuasa Jakim " Satu pencerahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diharap dapat memecah kekeliruan di kalangan pengkritik dan umat Islam di negara ini berkaitan peranan agensi itu dalam konteks bidang kuasa hal ehwal agama Islam. Jakim menegaskan agensi itu tidak berperanan dalam penguatkuasaan undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Presiden Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jakim, Datuk Mohd. Ajib Ismail ( gambar, atas ) berkata, Jakim merupakan sebuah agensi agama persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertindak menyelaras pengurusan hal ehwal Islam dengan mandat daripada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). Katanya, kenyataan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin melalui media sosial mengena

One of the most important men behind Reformasi is the late Raja Petra Kamaruddin

Image
Based on observation, RPK was a strong supporter of Datuk Seri Anwar Ibrahim until 2008, before "switching" to Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. One of his last articles supporting Anwar was about a doctor from Pusrawi Hospital who examined allegedly sodomized Saiful Bukhary who said that no physical proof to show that he had been sodomized. Recently, media reported on Tuesday 10th of September, 2024, that prominent blogger YM Raja Petra Kamarudin died in the UK on Monday night, aged 74. As claimed by himself, the late Raja Petra is a Selangor royal family member. His death was confirmed by his wife, Puan Marina Lee Abdullah, and his brother, YM Raja Idris, in the morning of Tuesday. In a brief text to Malaysian news portal from the mainstream media, FMT, Raja Idris said: "It is with great sadness that I am informing you that my loving brother, Raja Petra Kamarudin, has just passed away at 11.26pm UK time on Monday September 9 in Manchester, UK." Marina said he