Masih ramai tidak tahu di mana letaknya titik tengah Semenanjung Malaysia
Mohd Sharkar Shamsudin (Gambar NST) Satu lagi destinasi pelancongan signifikan di Malaysia BAGI mereka yang terlepas menonton Buletin Utama di saluran televisyen popular TV3 semalam, orang ramai masih berpeluang menyaksikan petikan berita mengenai Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh, Pahang sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia menerusi Facebook Watch Mohd Sharkar Shamsudin. Tanpa disedari ramai orang, TV3 menyatakan bahawa Temerloh bukan sahaja sangat dikenali sebagai Bandar Ikan Patin , tetapi juga merupakan lokasi penting kedudukannya yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Terletak lebih kurang 140 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, jangka masa perjalanan dari ibu negara Malaysia itu mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit melalui Lebuh Raya Karak (Karak Highway) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Exco Kerajaan Negeri Pahang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Kawasan Lanchang, Temerloh, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar Shamsudin member...