Posts

Showing posts from March, 2024

PADU tetap didaftar secara automatik

Image
WAJAH PENGASAS PADU Hari ini adalah hari terakhir pendaftaran PADU tetapi mereka yang tidak berbuat demikian tidak perlu bimbang. Ini kerana ianya tetap akan didaftarkan secara automatik berdasarkan maklumat asas seseorang individu warganegara Malaysia. Media tempatan melaporkan Jabatan Perangkaan memberi pencerahan bahawa rakyat Malaysia yang tidak mengemas kini data mereka di Hab Pangkalan Data Utama (PADU) akan didaftarkan secara automatik maklumat asas mereka. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin ( gambar , atas ) memberitahu sidang media hari ini bahawa maklumat lebih lengkap diperlukan walaupun pelbagai agensi kerajaan telah mengumpul data asas rakyat Malaysia. “Dalam sistem PADU, kami mempunyai data untuk kira-kira 30 juta rakyat Malaysia. “Namun, ini hanya data asas mereka, yang kami kumpul daripada pelbagai agensi. Apa yang kita perlukan ialah data ‘dinamik’,” Malaysiakini memetik laporan   Free Malaysia Today Mohd Uzir sebagai berkata. Tarikh akhir pen

Tidak seperti MB Johor, CUEPACS dan KPISM lebih manjakan penjawat awam berbanding keselesaan orang awam

Image
Penyelesaian secara dalaman tidak akan dapat mengatasi masalah yang sudah kesekian lama berlarutan Kelmarin 28 Mac 2024, akhbar Bahasa Melayu Berita Harian memetik berita dari FMT bahawa CUEPACS menggesa sebarang teguran kepada penjawat awam perlu dibuat secara berhemah tanpa terlalu diuar-uarkan di media sosial . Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung CUEPACS, Encik Abdul Rahman Mohd Nordin ( gambar, atas ) untuk mengelak timbul situasi sehingga tidak menggambarkan situasi sebenar. Merujuk teguran Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Jabatan Imigresen, beliau berkata kakitangan di Tambak Johor telah bertungkus-lumus menguruskan kemasukan rakyat Malaysia ke Singapura dan perjalanan sebaliknya. "Masa MB (Onn Hafiz) melawat adalah di luar waktu puncak, manakala ada sebilangan kecil kaunter tutup kerana waktu pertukaran giliran pegawai rehat serta tugas pentadbiran lain. "Pegawai sudah bertungkus-lumus di pintu masuk (Tambak Johor) yang antara tersibuk di dunia. K

Senang nak makan sambil berkemban

Image
Sambutan Ramadan pastinya berbeza ketika Ramlah Ram masih muda, tapi bagi seseorang yang ringkas sepertinya tetap menyukai berbuka puasa dengan juadah sederhana. Ramlah Ram suka masak sendiri, makan di rumah Tetap memenuhkan aktiviti seninya sepanjang Ramadan ini, penyanyi berprofil tinggi, Ramlah Ram bersyukur masih menerima banyak undangan dan jemputan majlis berbuka puasa. Namun dalam pada kesibukan, penyanyi bersuara lantang yang juga pemegang trofi Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1988 dan 1989 itu tetap membahagikan masa untuk beribadah. " Kalau dulu saya memilih berehat pada bulan puasa dan tak perlu nak buat apa-apa. Namun, saya makin sibuk dalam bulan puasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Kadang-kadang sibuk menghadiri majlis buka puasa dengan anak yatim dan seumpamanya. Tapi, sebenarnya niat hati nak berehat dan beribadah, nak pergi terawih dan sebagainya. "Namun saya memang tidak akan lepaskan malam pertama terawih di masjid

People must be convinced that Farhash is not Anwar's proxy or crony

Image
Datuk Farhash Wafa Salvador (above), a loyalist of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (top, picture) Datuk Farhash Wafa Salvador, a loyalist of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, is the latest rising star of corporate Malaysia, Ganeshwaran Kana wrote, published in The Star via  StarBizWeek , a   Corporate News  slot on March 23, 2024. Ganeshwaran's article has attracted many readers. Tan Sri Vincent Tan However, scrutiny of the former Perak PKR chief’s recent rise to prominence outside of politics reveals links to two well-known names in business circles, notably Tan Sri Vincent Tan and Encik Wong Thean Soon or T.S. Wong. Encik Wong Thean Soon In particular, Farhash’s links to Wong of MyEG Services Bhd can be traced to at least three listed companies –  Excel Force MSC Bhd ,  Heitech Padu Bhd  and  Cuscapi Bhd  – where he is a major shareholder. Instant key shareholder of three companies within a week Interestingly, the 42-year-old Farhash became a key shareholder in th