Tidak seperti MB Johor, CUEPACS dan KPISM lebih manjakan penjawat awam berbanding keselesaan orang awam

Penyelesaian secara dalaman tidak akan dapat mengatasi masalah yang sudah kesekian lama berlarutan

Kelmarin 28 Mac 2024, akhbar Bahasa Melayu Berita Harian memetik berita dari FMT bahawa CUEPACS menggesa sebarang teguran kepada penjawat awam perlu dibuat secara berhemah tanpa terlalu diuar-uarkan di media sosial.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung CUEPACS, Encik Abdul Rahman Mohd Nordin (gambar, atas) untuk mengelak timbul situasi sehingga tidak menggambarkan situasi sebenar.

Merujuk teguran Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Jabatan Imigresen, beliau berkata kakitangan di Tambak Johor telah bertungkus-lumus menguruskan kemasukan rakyat Malaysia ke Singapura dan perjalanan sebaliknya.

"Masa MB (Onn Hafiz) melawat adalah di luar waktu puncak, manakala ada sebilangan kecil kaunter tutup kerana waktu pertukaran giliran pegawai rehat serta tugas pentadbiran lain.

"Pegawai sudah bertungkus-lumus di pintu masuk (Tambak Johor) yang antara tersibuk di dunia. Kritikan akan menyebabkan moral pegawai jatuh," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pertikaian isu kesesakan di Tambak Johor antara Onn Hafiz dengan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM).

Isnin lalu, Onn Hafiz dalam satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecewa apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan sehari sebelum itu.

Beliau dipetik berkata perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) itu dilihat masih belum berada pada tahap kecekapan yang penuh.


Presiden KPISM Encik Ajeet Singh Gurbax Singh dalam reaksinya berkata, kesesakan berlaku disebabkan pertukaran syif kakitangan dan sedang dalam giliran untuk rehat, selepas waktu puncak.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman menegaskan tidak semua isu perlu diuar-uarkan di media sosial kerana akan mengundang kecaman netizen.

Sebaliknya, beliau berkata ada isu boleh diselesaikan secara dalaman, apatah lagi kedudukan Onn Hafiz sendiri sebagai pengerusi petugas khas kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri