Posts

Showing posts from April, 2019

PERBICARAAN NAJIB SEMAKIN RANCAK, MENDEBARKAN

Image
Berita Mahkamah Berprofil Tinggi Bahasa Melayu RM4 bilion wang dari KWAP masuk ke akaun SRC Internationaĺ Mohd Najib Abdul Razak, mantan perdana menterì Perbicaraan kes bekas perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak berkaitan SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari ke-11 hari ini, Selasa 30 April 2019. Suasana semakin rancak dan mendebarkan. Antara lain, saksi Wedani Senen, 45, memberitahu mahkamah jumlah keseluruhan sebanyak RM4 bilion dimasukkan ke dalam SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012. Wedani menyatakan sejumlah RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International melalui empat transaksi, masing-masing RM500 juta di setiap transaksi pada 29 Ogos 2011. Menjawab pemeriksaan dari Timbalan Pendakwa Raya DPP Sulaiman Kho Kheng Fuei, Wedani berkata sistem teras perbankan memerlukan surat rasmi kerana had perbankan yang boleh dikendalikan pegawai bank berpangkat pengurus dan ke bawah adalah pa

KUNJUNGAN PERPISAHAN FUZI HARUN DISAMBUT MESRA DR MAHATHIR

Image
Berita Kepolisan Bahasa Melayu Ketua Polis Negara yang akan bersara kunjungi Perdana Menteri untuk salam perpisahan Gambar dari Facebook PERDANA MENTERI Dr Mahathir Mohamad hari ini, Isnin 29 April 2019 menyambut salam perpisahan dari Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun yang mengunjungi pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Dr Mahathir mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohamad Fuzi di atas perkhidmatan selama 35 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mohamad Fuzi pula berkata beliau merasa berbesar hati kerana dapat mencurah bakti kepada negara dalam tempoh itu. Gambar dari Facebook Mohamad Fuzi Harun, yang pernah menyatakan mungkin akan mengakhiri zaman bujangnya, akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada 4 Mei 2019, juga merupakan tarikh persaraannya. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 September 2017, menggantikan Khalid Abu Bakar. Pada 10 Mei 2018, sehari selepas pilihanraya

NAJIB TELLS WHY ROME STATUTE WAS NEVER SIGNED BY BN GOVT

Image
Malaysia News on Politics Najib Razak explains why Rome Statute was never signed by BN government Mohd Najib Abdul Razak, former Malaysian prime minister FORMER prime minister Mohd Najib Abdul Razak yesterday, Saturday 27 April 2019 said his government had once discussed ratifying the Rome Statute but was advised by the then attorney-general (AG) that the international treaty could contravene the Federal Constitution. MyBoss (Najib's popular name) made this clarification after AG Tommy Thomas yesterday said the Barisan Nasional (BN) government had decided on 18 March 2011 to sign the treaty. Tommy Thomas, Malaysian Attorney-General Tommy Thomas' confusing statement Tommy Thomas said this was why he had advised the Pakatan Harapan (PH) government to ratify the Rome Statute, adding that doing so also had many advantages. The Pekan MP taking to Facebook yesterday afternoon, said it was incumbent on a responsible government to discuss and consider s

PH BUAT DUA SILAP BESAR, KATA NAJIB

Image
Berita Politik Bahasa Melayu Najib Razak garis dua kesilapan besar Pakatan Harapan yang membawa bencana kepada rakyat dan negara Mohd Najib Abdul Razak berbual dengan pendakwah Ahmad Husam Baderdin di pentas majlis Penyatuan Ummah di Kodiang pada 26 April 2019 MANTAN perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak menggariskan dua kesilapan besar kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang membawa bencana kepada rakyat yang semakin terhimpit dan negara menjadi bertambah teruk. Gembar-gembur hutang negara RM1 trilion Katanya, tindakan pertama PH itu adalah menggembar-gemburkan mengenai hutang negara sebanyak RM1 trilion seterusnya menyebabkan kejutan kepada ekonomi selain mengundang kebimbangan para pelabur. Menurut Najib, disebabkan berniat buruk iaitu menyalahkan Barisan Nasional (BN) kononnya gagal menguruskan ekonomi, mereka sanggup mengambil risiko itu sedangkan hutang sebenar negara adalah sebanyak RM686 bilion. "Dalam pengurusan ekonomi, keyakinan (pelabur)

RAJA JEPUN TURUN TAKHTA

Image
Berita/Rencana Raja Berperlembagaan Luar Negara Bahasa Melayu Maharaja Akihito akan turun takhta pemerintahan raja berperlembagaan negara Jepun dalam satu upacara rasmi tradisional negara pada hari Selasa, 30 April 2019 Maharaja Akihito (kanan) melambaikan tangan kepada rakyat jelata, sambil diperhati Putera Mahkota Naruhito. Gambar dari Bloomberg NEGARA matahari terbit akan menyaksikan maharaja kesayangan rakyat jelata Jepun turun takhta secara rasmi ketika masih hidup, buat pertama kali dalam sejarah sejak 202 tahun yang lalu, Bloomberg melaporkan semalam, Khamis, 25 April 2019. Turun takhta atas sebab kesihatan Maharaja Akihito, 85, difahamkan akan meletak jawatan sebagai ketua tertinggi bukan eksekutif negara tersebut atas sebab-sebab kesihatan, di mana baginda merasakan dirinya, secara fizikal tidak lagi mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang besar itu. Masalah kesihatan Akihito termasuk pembedahan pintasan jantung dalam tahun 2012 dan pernah terlantar d

TEGURAN KERAS MUHYIDDIN KEPADA SULTAN JOHOR

Image
Berita Politik Bahasa Melayu Teguran keras Muhyiddin Yassin kepada Sultan Johor Muhyiddin Yassin (kanan) bercakap kepada pemberita. Di sebelah beliau (kiri) menteri besar Johor yang baharu, Dr Sahruddin Jamal. MENTERI Dalam Negeri yang berasal dari negeri Johor hari ini, Khamis 25 April 2019, meminta Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya berhenti mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, demikian menurut laporan akhbar dalam talian Malay Mail yang memetik berita tersebut dari akhbar The Star. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mesti berhenti mencampuri urusan kerajaan negeri Johor sebagai menunjukkan keikhlasan baginda yang menyeru semua pihak mengenepikan perselisihan demi kepentingan rakyat berkaitan hubungan kurang baik antara Putrajaya dan Istana Johor, menurut presiden PPBM Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur. Sambil menghargai pesanan Sultan Johor itu, Muhyiddin berkata istana Johor mesti mengakui peranannya yang "memusuhi" Putrajaya.

MESTI TAAT PADA SULTAN PAHANG DAN AGONG UNTUK DAPAT PERMIT NIAGA? KABUR DAN TIDAK BERPERLEMBAGAAN

Image
Berita/Rencana Raja Berperlembagaan Bahasa Melayu Beberapa peguam persoal pengumuman Menteri Besar Pahang mensyaratkan ketaatan kepada Sultan Pahang dan Agong untuk dapat permit niaga Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang KEPUTUSAN Kerajaan Negeri Pahang mensyaratkan pemilik perniagaan menjunjung taat setia kepada Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong (yang kebetulan pada masa ini adalah orang yang sama) untuk mendapatkan  lesen perniagaan adalah kabur, samar dan semacam bertindak sesuka hati, serta mungkin bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, demikian pandangan sekumpulan peguam hari ini, Rabu 24 April 2019. Pada Jumaat lepas, 19 April 2019, Menteri Besar Pahang mengumumkan bahawa pihak berkuasa tempatan, bermula segera, perlu memasukkan syarat baru bagi permohonan lesen dan permit perniagaan, iaitu kegagalan menunjukkan taat setia kepada Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong akan mengakibatkan pembatalan terhadap semua permit, akhbar dalam talian Malay

MENTERI KEWANGAN NAFI BEREKAR--EKAR TANAH DIBERI KEPADA CHINA

Image
Berita Politik Bahasa Melayu Lim Guan Eng nafi berekar-ekar tanah diberi kepada China hasil dari rundingan semula Daim dengan kerajaan China berkaitan projek ECRL Lim Guan Eng, Menteri Kewangan MENTERI Kewangan Lim Guan Eng hari ini, Selasa 23 April 2019 menafikan dakwaan berekar-ekar tanah diberikan kepada syarikat China hasil rundingan semula wakil rasmi Kerajaan Malaysia Daim Zainuddin dengan pihak Kerajaan China berkaitan projek keretapi laju ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia, ECRL. Perlu kelulusan kabinet Beliau berkata, sebarang urus niaga seperti itu perlu mendapat kelulusan Kabinet. Setakat ini, menurut Lim, beliau tidak mengetahui dan tidak dimaklumkan mengenai tambahan tanah yang diberikan secara percuma. China untung sepuluh kali ganda, kata RPK Sebelum ini, penulis blog terkenal dari Malaysia Raja Petra Kamaruddin, juga dikenali sebagai RPK, mendakwa pengurangan kos pembinaan sebanyak RM2.1 billion yang berjaya dirundingkan Daim digantikan dengan p

ZURAIDA'S INTERESTING PLAN

Image
News on Waste Management Business Zuraida plans to turn rubbish into money Zuraida Kamaruddin speaks to reporters during the press conference in parliament on 2 April 2019 HOUSING and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin has big plans to change the country's waste management industry during her first term in office. Mooted in Dewan Rakyat, centralized waste park Her idea, which was first mooted in Dewan Rakyat on 2 April 2019, will see a centralized waste park handling plastic waste recycling project. Any plastic waste factories outside the boundaries of the park will be deemed illegal. The Ampang member of parliament said that the waste park will also include scrap metal recycling, particularly from irreparably damage vehicles. The Dr Mahathir's administration's minister from Selangor Zuraida Kamaruddin was answering questions in an exclusive interview with Malay Mail recently. "The ministry gives licences to the import of clean

MALAYSIA TO RETAKE DELEGATED AIRSPACE FROM SINGAPORE IN STAGES, SAYS TRANSPORT MINISTER

Image
News on Malaysia-Singapore airspace dispute Anthony Loke says Malaysia to retake delegated airspace from Singapore in stages Anthony Loke, Malaysian Transport Minister MALAYSIA aims to take back delegated airspace from Singapore around southern Johor in stages beginning from the end of this year to 2023, said Transport Minister Anthony Loke. He said it is important for both countries to expedite the review of the Operational Letter of Agreement between Kuala Lumpur and Singapore Area Control Centres Concerning Singapore Arrivals, Departures and Overflights 1974, via the Maĺaysia-Singapore High Level Committee. With the progress that both parties had made, the transport minister said he was confident that Malaysia and Singapore could reach mutually beneficial solutions in strengthening bilateral cooperation in the aviation and tourism sector. Anthony Loke was delivering his speech during the inaugural flight of Firefly's FY3126 from Subang Airport to Seletar Ai

MALAYSIAN RINGGIT IS ASIA'S WORST CURRENCY IN APRIL SO FAR

Image
Brief analysis on Malaysian Ringgit Malaysian Ringgit is Asia's worst currency in April so far BLOOMBERG reported in Dubai, UAE on Wednesday 17 April 2019 that it was a one-two punch that's turned the Malaysian Ringgit into Asia's worst performer this month. Less than two weeks ago, Norway said its sovereign wealth fund will cut emerging-market debt including Malaysian securities from its index. Malaysia's withdrawal from the FTSE World Government Bond Index may lead to outflows of almost US$8 billion, based on the nation's weighting of 0.39 per cent, Morgan Stanley estimated. Foreign investors have been reducing their Malaysian government bond positions since late 2016 and held about US$37 billion of the securities as of March 2019, Min Dai, a Hong Kong-based strategist at Morgan Stanley, wrote in a report. The latest blow sent the ringgit sliding 0.6 per cent on Tuesday 16 April 2019, the worst performance since November 2016, and crossed its 100-da

HADI DUDUK DI ATAS POKOK, KATA TIMBALAN MB KELANTAN

Image
Berita Politik Bahasa Melayu Timbalan MB Kelantan yang sangat rapat dengan presiden PAS menyifatkan Abdul Hadi Awang berpengetahuan luas bagaikan seorang perdana menteri Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan TIMBALAN Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menasihati ahli dan penyokong parti PAS agar patuh dan taat kepada pemimpin termasuk presidennya, Abdul Hadi Awang. Naib presiden PAS itu berkata Abdul Hadi sentiasa mengambil kira pelbagai sudut dalam membuat keputusan parti.  Presiden PAS berpengetahuan luas dan punya banyak maklumat Presiden PAS berpengetahuan luas dan mempunyai banyak maklumat yang kadang kala tidak terfikir oleh orang lain, menurut Mohd Amar. "Bila kita duduk dengan dia bertahun-tahun dalam PAS Pusat, kita boleh faham, kita boleh nampak presiden kita ini nombor satu," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam Khamis 18 April 2019. Ahl

NAJIB YANG SUCI JADI MANGSA JHO LOW

Image
Berita Dari Mahkamah Bahasa Melayu Najib tidak bersalah, jadi mangsa konspirasi Jho Low, kata peguam Shafee Mohd Najib Abdul Razak, mantan perdana menteri PEGUAM Muhammad Shafee Abdullah semalam Rabu 17 April 2019 berkata bekas perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak sebenarnya tidak bersalah, tetapi menjadi mangsa konspirasi ahli perniagaan buruan polis Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low. Muhammad Shafee Abdullah, Peguam mengetuai kumpulan pembelaan Najib "Kami tahu anak guam kami  (Najib Razak) suci (tidak bersalah), kerana dia sebenarnya menjadi mangsa konspirasi Jho Low dan konco-konconya," Shafee memberitahu para wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. "Oleh itu, berilah peluang kepadanya. Anda (pihak pendakwa) perlu buktikan dia (Najib) adalah sebahagian dari konspirasi  Jho Low itu," tambahnya. Najib dan keluarga di Mekah Najib kini sedang dalam perbicaraan rasuah RM42 juta melibatkan SRC International Sdn Bhd (se