MENTERI KEWANGAN NAFI BEREKAR--EKAR TANAH DIBERI KEPADA CHINA

Berita Politik Bahasa Melayu
Lim Guan Eng nafi berekar-ekar tanah diberi kepada China hasil dari rundingan semula Daim dengan kerajaan China berkaitan projek ECRL

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

MENTERI Kewangan Lim Guan Eng hari ini, Selasa 23 April 2019 menafikan dakwaan berekar-ekar tanah diberikan kepada syarikat China hasil rundingan semula wakil rasmi Kerajaan Malaysia Daim Zainuddin dengan pihak Kerajaan China berkaitan projek keretapi laju ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia, ECRL.

Perlu kelulusan kabinet

Beliau berkata, sebarang urus niaga seperti itu perlu mendapat kelulusan Kabinet.

Setakat ini, menurut Lim, beliau tidak mengetahui dan tidak dimaklumkan mengenai tambahan tanah yang diberikan secara percuma.

China untung sepuluh kali ganda, kata RPK

Sebelum ini, penulis blog terkenal dari Malaysia Raja Petra Kamaruddin, juga dikenali sebagai RPK, mendakwa pengurangan kos pembinaan sebanyak RM2.1 billion yang berjaya dirundingkan Daim digantikan dengan pemberian tanah dan hak pembangunan, memberi keuntungan sepuluh kali ganda kepada China.

Raja Petra Kamaruddin,
penulis blog terkenal

RPK yang kini hidup sebagai pelarian mewah di United Kingdom, mendakwa telah melihat sendiri memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan China Communications Construction Company Ltd  mengenai "Meningkatkan Kerjasama Dalam Pembangunan Taman Industri, Infrastruktur, Hab Logistik dan Pembangunan Berorientasi Transit".

MoU itu merupakan satu keperluan bagi projek ECRL.

Pada 12 April 2019, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd menandatangani satu perjanjian tambahan sebagai laluan kepada penyambungan semula projek ECRL yang digantung sebelum ini.

TOD tidak beri tanah secara percuma, kata Lim

Lim berkata bagi pembangunan berorientasi transit (TOD), alat pembangunan standard untuk semua projek infrastruktur, tanah tidak diberi secara percuma.

Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan tanah memang diberikan di bawah TOD untuk kedua-dua projek pembangunan MRT dan LRT - tetapi bukan percuma.

Lim Guan Eng membuat kenyataan ini sebagai menjawab soalan pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian program kerjasama industri antara kerajaan dan Bombardier Hartasuma Consortium untuk kerja pengubahsuaian laluan Kelana Jaya.






oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah