Pakar Ekonomi PAS Kritik Belanjawan 2026

Seorang pakar ekonomi yang juga ahli parlimen PAS menganggap belanjawan yang dibentangkan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat kelmarin sebagai “tempang” di sebalik pelbagai inisiatf dan pengumuman dibuat, Malaysiakini melaporkan semalam. Menurut Ahli Parlimen Bachok, Encik Syahir Sulaiman, dia melihat Belanjawan 2026 itu dibentangkan dalam suasana politik dan ekonomi yang mencabar. Ungkapan “sukacita diumumkan” disebut menteri kewangan merangkap perdana menteri kelmarin, katanya, juga menghantar isyarat bahawa perancangan ekonomi kerajaan itu tidak sekadar belanjawan fiskan sebaliknya belanjawan pra-pilihan raya. Syahir yang dianggap antara pakar ekonomi dalam PAS beranggapan, ada kemungkinan PRU ke-16 diadakan lebih awal pada tahun hadapan. “Walaupun kerajaan menekankan keseimbangan antara pertumbuhan dan kebajikan rakyat, trajektori pertumbuhan sederhana ini menunjukkan ruang fiskal yang terhad untuk merangsang ekonomi secara lebih menyeluruh,” katanya dalam kenyataan kelmarin, Jumaat 10 ...