Kosongkan kediaman rasmi Undang Sungai Ujong serta-merta keterlaluan
Undang Sungai Ujong yang dipertikaikan, Datuk Mubarak Thahak ( gambar , atas ) menangguhkan pematuhan kepada arahan pengosongan kediaman rasmi, serta balai Undang dengan mendakwa tidak terdapat kejelasan dalam isu berkaitan, lapor Malaysiakini . Dalam surat kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Balai Undang yang mewakili Mubarak mempertikai surat yang dihantar di luar waktu pejabat berhubung penempatan semula kakitangan balai berkenaan yang diterima pukul 10 malam pada 27 April. Manakala surat arahan pengosongan premis pula diterima pukul 4.40 petang semalam. "Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan segala hormatnya menangguh pematuhan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi, dan Balai Undang Luak Sungai Ujong pada masa ini," kata Setiausaha Sulit Kepada Undang Sungai Ujong, Encik Ahmad Hanafi Ruzlan. Surat berkenaan dialamatkan kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Perkhidmatan Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Encik Akmal Farid Rizal No...