Posts

Showing posts from July, 2024

Siti Nurhaliza dan Boss saya saling terpandang, bertentang mata

Image
Kenangan Manis Bersama Boss 2 Cerita ini bukan cerita baru. Hujung 90an hendak masuk tahun 2000. Pada masa itu Boss berusia awal 50an, Saya pula 30an. Penyanyi paling popular Malaysia Siti Nurhaliza rasanya awal 20an. Masih single dan belum berkahwin dengan Datuk K lagi pada masa itu. Semestinya, terhangat di pasaran. Boss saya, dia ada drebar dan kenderaan syarikat. Tetapi untuk urusan kerja luar yang ada kaitan dengan tugas saya juga, Boss lebih suka memandu sendiri bersama saya. Mungkin kalau drebar ada, Boss tak berapa selesa berbual hal-hal terlalu peribadi. Kalau berdua dengan saya sahaja, barulah okay, termasuk menyampaikan ucapan mesra kepada gadis tol,"Hello Kekasih😂". Kadang-kadang saya memandu kereta saya dan Boss duduk di sebelah.  Suatu hari kami ada tugas di Kuala Lumpur. Naik kereta Boss. Di KL kami menginap di hotel Holiday Inn City Centre yang baru bertukar nama lain, terletak di Jalan Raja Laut. Selepas habis seminar di hotel yang sama, kami balik ke bilik

Hakim putuskan cerita titah addendum khabar angin, maka impian Najib ditahan di rumah hampir musnah

Image
Media awal hari ini melaporkan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak gagal mendapat kebenaran untuk meneruskan semakan kehakimannya untuk dibenarkan menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak tindakan undang-undang Najib berhubung kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16. Seperti dilapor portal berita dari media arus perdana Malaysiakini, Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan semua afidavit yang mendakwa kewujudan titah addendum berkenaan hanyalah khabar angin semata-mata. Mahkamah memutuskan afidavit daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak menunjukkan pengetahuan secara langsung mengenai kewujudan perintah tambahan Lembaga Pengampunan itu. Amarjeet berkata kedua-dua afidavit itu sebaliknya hanya memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zaf