Posts

Showing posts from March, 2022

Penyanyi Yasin tenang berdepan hukuman mati

Image
Penyanyi nasyid dan lagu komersial berkonsepkan kearaban, Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya, pada 24 Mac lalu, demikian menurut laporan Harian Metro . Muhammad Yasin Sulaiman (Gambar Harian Metro) Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram. Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di Petaling Jaya, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu. Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya

Kerana Sapura, Rafizi-Najib berperang

Image
Rafizi hanya pandai cari salah, tapi perasan dia hebat Malaysiakini melaporkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi bertelagah dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai kemelut kewangan Sapura Energy hari ini, dengan tumpuan kepada gaji lumayan yang dinikmati oleh bekas CEO firma itu. Najib gagal jaga institusi awam Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata Najib, sebagai perdana menteri, gagal menjaga kepentingan institusi awam - Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) - sebagai pemegang saham dalam Sapura Energy. Gila - pendapatan RM1.1b tempoh 12 tahun Meneliti rekod kewangan Sapura Energy, Rafizi berkata bahawa seorang "pengarah eksekutif" yang mewakili pemegang saham majoriti telah meraih hampir RM1.1 bilion dari 2009 hingga 2021 dalam bentuk gaji, bonus, sewa, yuran harta intelek dan bentuk imbuhan lain. Ini dipercayai merujuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Shahril Shamsuddin yang ad

Ahli politik Pahang pertikai pandangan Rafizi

Image
Rafizi semakin dangkal dan dijangka rebah Muhyiddin lebih popular dari Najib? Malaysiakini semalam melaporkan  Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin menyifatkan pemimpin PKR Rafizi Ramli sebagai 'batu api' apabila mengeluarkan komen mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lebih popular berbanding bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sebelum ini, penulis terkemuka dan antara paling berpengaruh di Malaysia, Syed Akbar Ali,  pemilik blog OutSyed The Box,   mempersoal cara Rafizi berfikir mengenai pendekatan beliau terhadap pembangunan ekonomi dan rakyat Mohd Sharkar turut menyifatkan pandangan bekas ahli Parlimen Pandan itu sebagai sebahagian daripada strategi PKR untuk melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin. "Rafizi ni batu api, pertama sekali dia nak Datuk Seri Najib dan Muhyiddin bergaduh, itu biasalah, strategi dia. "Komen ni komen orang politik, ada sebabnya, dia nak mengapi-apikan atau dia or