Ahli politik Pahang pertikai pandangan Rafizi

Rafizi semakin dangkal dan dijangka rebah

Muhyiddin lebih popular dari Najib?

Malaysiakini semalam melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin menyifatkan pemimpin PKR Rafizi Ramli sebagai 'batu api' apabila mengeluarkan komen mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lebih popular berbanding bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Sebelum ini, penulis terkemuka dan antara paling berpengaruh di Malaysia, Syed Akbar Ali, 
pemilik blog OutSyed The Box, 
mempersoal cara Rafizi berfikir mengenai pendekatan beliau terhadap pembangunan ekonomi dan rakyat

Mohd Sharkar turut menyifatkan pandangan bekas ahli Parlimen Pandan itu sebagai sebahagian daripada strategi PKR untuk melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin.

"Rafizi ni batu api, pertama sekali dia nak Datuk Seri Najib dan Muhyiddin bergaduh, itu biasalah, strategi dia.

"Komen ni komen orang politik, ada sebabnya, dia nak mengapi-apikan atau dia orang nak laga-lagakan, itu hak dia lah, dia nak komen apa, tapi sebenarnya dia cuma nak pergeseran itu bertambah lagi hebat, lagi meriah," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pendaftaran ahli UMNO di Kuantan, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ayuh Malaysia? Ya ke?

Mohd Sharkar yang juga Pengerusi Biro Pendaftaran dan Keahlian UMNO Pahang berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dibuat Rafizi ketika melancarkan kempen Ayuh Malaysia di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Rafizi dilaporkan berkata, populariti Najib banyak dipengaruhi kempen 'Bossku' dan penguasaan di media sosial, namun ia masih gagal mengatasi populariti Muhyiddin.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan UMNO akan menggunakan aura 'Bossku' dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang selepas kejayaan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, Wan Rosdy berkata kejayaan diperoleh adalah hasil kerjasama semua pihak.

Kejayaan berpasukan

"Ini adalah kejayaan bersama. Seperti mana saya katakan tadi, untuk kita memenangi sesuatu peperangan - kita analogikan sebagai peperangan - tidak mungkin ada 'one man show', cuma 'pemberat' itu lebih sikitlah.

"Macam Datuk (Seri) Najib, Datuk Hasni sendiri (PRN Johor), Datuk Seri Sulaiman Md Ali (PRN Melaka), semuanya memainkan peranan masing-masing, ia adalah kerja satu pasukan," katanya.


End©Permadu



Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Persiapan Berita
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank