Pengkritik tegar PAS ucap syabas kepada Pemuda PAS

Dalam satu kenyataan yang jarang berlaku, seorang penulis blog yang juga merupakan penganalisis politik terkenal, telah memuji sayap Pemuda Parti Islam Se-Malaysia kerana telah membuat keputusan dan mengambil langkah berani dan serius. Pada Ahad, 15 Jun 2025, Tuan Syed Akbar Ali berkata, buat kali pertama dalam sejarah, beliau menyokong keputusan Pemuda PAS yang diketuai oleh YB Afnan Hamimi Taib Azamudden ( di tengah, gambar atas ) yang sedang berusaha membangkitkan isu-isu besar yang melanda rakyat dan negara kita. 'Masalah ekonomi negara, keadaan rakyat marhaen yang makin terhimpit, masalah kewangan kerajaan persekutuan (yang makin meruncing), isu-isu jijik dan kotor yang melibatkan pemimpin, penggunaan kuasa undang-undang secara agresif yang menimbulkan banyak persoalan, masalah rasuah yang berterusan, ketandusan visi atau arah negara yang boleh difahami rakyat dan pelbagai masalah lagi," katanya. Beliau seterusnya berkata: "Jadi saya mengucapkan syabas kepada...