Posts

Showing posts from August, 2022

Kahwinnya Pewaris Seorang Billionaire

Image
  Pengerusi Kumpulan Genting  Tan Sri Lim Kok Thay baru sahaja menyambut menantu perempuan.  Anak lelaki sulung billionaire itu, Lim Keong Hui (yang menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Genting Berhad pada Januari 2019) mengikat tali pernikahan dengan girlfriend Ten-ni Soh selepas bercinta selama empat tahun.  Demikian menurut laporan portal berita dan hiburan hype berdasarkan berita dari China Press dan maklumat dari Instagram. Kawan rapat dan ahli keluarga hadir di majlis yang penuh dengan keghairahan cinta itu, termasuk ibu dan bapa pengantin lelaki itu iaitu Lim Kok Thay sendiri dan Cecilia Lim.  Majlis meriah dan menggembirakan itu menyaksikan acara kedua-dua pengantin menandatangani pendaftaran perkahwinan selain sepasang mempelai memperagakan berbagai gaya menghadap kamera di hadapan kolam renang berlatarbelakangkan bunga-bungaan terindah. Kedua-dua Keong Hui dan Ten-ni memulakan tahun 2022 dengan menulis nota keriangan memaklumkan secara rasmi pertunangan mereka di media

"Various tactics to free a convicted criminal"

Image
 "N o one is above the law and no one can hold this country to ransom.." BERITA HARIAN PICTURE: Mohd Najib Tun Abdul Razak  FMT reported on August 28, Klang Member of Parliament (MP) Charles Santiago said that g etting jailed former prime minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak a royal pardon would make a mockery of the judiciary. FMT PICTURE: Charles Santiago  The DAP member said as the country turns 65, it was important that the rule of law was maintained.  “The one thing we can do for our country today, as we approach Merdeka Day is to ensure that no one is above the law and no one can hold this country to ransom,” he said in a statement recently. BERITA HARIAN PICTURE: Dr Ahmad Zahid Hamidi   He added that UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’s call for UMNO to start a petition drive for Najib’s royal pardon and to “weaponise” the latter’s Facebook posts was simply a matter of “playing to the gallery”. “Najib’s case is not complicated. Zahid is simply

Mahathir disahkan positif Covid-19

Image
  Semoga Dr Mahathir cepat sembuh GAMBAR MALAYSIAKINI: Dr Mahathir Mohamad  Media tempatan hari ini melaporkan mantan  perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 97, disahkan positif Covid-19.  GAMBAR MALAYSIAKINI: Dr Mahathir Mohamad  Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan doktor.  Kenyataan dua perenggan dari pejabat Dr Mahathir bagaimanapun tidak menyebut keadaan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Mahathir adalah perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia dan pernah menyandang jawatan itu sebanyak dua kali.  Beliau mula dilantik sebagai perdana menteri pada tahun 1981 bagi menggantikanTun Hussein Onn dan meletakkan jawatan pada 2003. Mahathir kemudian dilantik semula sebagai perdana menteri buat kali kedua apabila gabungan politik yang diketuainya, Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum (PRU) 2018 dan berkhidmat selama

Malam menjelang merdeka meriah di Putrajaya

Image
Suasana di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia, Putrajaya kelihatan sungguh meriah dikunjungi orang ramai yang meluangkan masa meraikan detik bersejarah itu.  Inilah keadaan malam menjelang hari kemerdekaan yang jatuh pada 31 haribulan Ogos, tahun 1957. Ulang tahun Hari Kebangsaan ke 65 pada tarikh sama di tahun 2022.  Antara yang menarik perhatian ialah persembahan permainan bunga api. Permadu Malaysia mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia. End © Permadu   Oleh Fauzi Kadir Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita dibantu oleh Nazura Othman Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh Fauzi Kadir   KETUA PENGARANG © 2022 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpel ihara E-mel:  permadu@gmail.com DILULUSKAN UNTUK SI