Posts

Showing posts from August, 2024

Akbar Nawab mendiam diri, tak suka susahkan orang bila ada masalah

Image
Tan Sri Ah mad Nawab tetap mempertahankan legasi seni biarpun bapa dan dua adiknya kini sudah meninggal dunia. Gambar NSTP oleh Saifullizan Tamadi Akbar Nawab meninggal dunia semalam, Jumaat Allahyarham Akbar Nawab, adik Ahmad Nawab Akhbar Berita Harian memetik pencipta dan penggubah lagu ulung negara, Tan Sri Ahmad Nawab sebagai berkata adiknya, Akbar Khan, 86, lebih dikenali sebagai Akbar Nawab, seorang yang suka mendiamkan diri, apabila menghadapi sesuatu masalah, termasuk masalah kewangan. "Arwah Akbar dulu bekerja dengan saya dalam syarikat rakaman, kemudian bila sudah berhenti, arwah hasilkan sendiri lagu-lagu dan banyak juga lagu arwah dalam piring hitam," katanya. Berkongsi lanjut mengenai arwah, Ahmad Nawab berkata, adiknya seorang yang tidak banyak berkongsi masalah. "Arwah tak beritahu orang kalau sakit. Arwah suka cakap okay sahaja. Sekiranya ada masalah duit atau sebagainya, arwah tak berkongsi dan tak suka minta tolong orang. "Beliau sendiri selesaika

Selamat Menyambut Hari MERDEKA

Image
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-67.  Sama-sama kita mengisi kemerdekaan sebaiknya. Sama-sama kita meraikannya.  Seperti kata-kata tradisional, jangan hanya bertanya apa sumbangan negara kepada kita, tetapi bertanya jugalah, apa sumbangan kita kepada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan negara.  M E R D E K A ! Dengan ingatan tulus ikhlas daripada warga kerja Permadu Malaysia End © Permadu Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang Penolong Pengarang Kwai Fong Chin Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh Fauzi Kadir   KETUA PENGARANG © 2024 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara E-mel:  permadu@gmail.com DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG      Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank Mengunjungi  Permadu Malaysia  adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari k

Agamawan merangkap pendakwah selebriti dihukum penjara 10 tahun, 3 sebatan kerana merogol wanita berusia 23 tahun

Image
Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Shah Alam hari ini kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu. Gambar NSTP oleh Faiz Anuar Tindakan pendakwah selebriti, Da'i Syed merogol mangsa disifatkan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah kerana mempergunakan mangsa yang lemah, kata seorang Hakim wanita. Video terbitan Berita Harian Media melaporkan hari ini Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Norazlin Othman, berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas Syed atau nama sebenarnya Tuan Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, lima tahun lalu. Menurut akhbar Berita Harian , Norazlin dalam penghakimannya berkata, tertuduh dalam masyarakat sebagai seorang pendakwah selebriti yang memberi impak besar kepada orang awam terutama masyarakat Islam di negara ini, anak-anak muda dan penuntut universiti. &quo

Sampai hati mu Anwar, keluh Mariam seperti pasangan gagal bercinta

Image
Tindakan dan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa masuk sejumlah tertentu warga Palestin di Gaza yang cedera akibat diserang tentera Israel dalam perbalahan tidak berkesudahan antara dua pihak, menimbulkan persoalan "ketelusan" pemilihan mereka yang berjaya dibawa masuk. WAWASAN 2100 😂 Bukan sahaja rakyat Malaysia yang ingin tahu, tetapi juga di kalangan rakyat Palestin sendiri, demikian menurut pandangan penulis politik dan pengkritik terkenal Puan Mariam Mokhtar. Mariam juga menasihatkan Anwar supaya tidak hipokrit dengan hanya memberi tumpuan kepada Palestin, tetapi tidak berbuat apa-apa kepada mangsa kes hampir sama di Ukraine, Yaman, Bangladesh dan lain-lain. Pada masa sama, Mariam berpendapat banyak masalah seperti kos sara hidup, beras tempatan (60% bekalan dalam negara) tiba-tiba hilang di pasaran, isu kesihatan seperti pesakit mati kerana terlalu lama menunggu giliran dan beberapa perkara lain yang membawa maksud masalah dalam negara sendiri ma