A Kadir Jasin Memandang Dosa UMNO Kepada Pendeposit Tabung Haji
FIKIR BALIK PELABURAN TH 1. Jika kakitangan dan sistem Tabung Haji tidak boleh dipercayai atau tidak ada kemampuan berniaga, apa kata kita rombak strukturnya secara total? 2. Kita balik kepada matlamat asal seperti yang dicadangkan oleh Almarhum Ungku Aziz iaitu mengumpul simpanan orang Islam untuk tujuan mengerjakan haji. 3. Ungku Aziz cuba mengelak orang Islam Malaysia, yang majoritinya Melayu, daripada berhutang dan bergadai untuk mengerjakan haji. 4. Cadangan beliau itu terkandung dalam kertas kerja tahun 1959 bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji". Maka apabila ditubuhkan pada tahun 1963, ia diberikan nama "Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji". 5. Apa kata kita pisahkan urusan tabungan ini daripada urusan jemaah. Urusan jemaah ni bukanlah susah sangat. Sekadar pentadbiran dan logistik. 6. Yang susah dan kerap jadi punca penyelewengan adalah menguruskan tabung. Satu supaya ia SELAMAT dan kedua supaya menjana keuntungan/hibah yang lebih bai...