Posts

Showing posts from February, 2022

Motif Hamid Bador dipersoal

Image
Malaysiakini melaporkan  Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador telah hilang hak untuk mengulas dakwaan kartel polis. "Barisan pesuruhjaya EAIC sebulat suara mendapati Abdul Hamid Bador telah hilang haknya untuk membuat sebarang komen berkenaan isu kartel ini," kata Lembaga Pesuruhjaya EAIC pada satu kenyataan hari ini. Kata EAIC, ini berdasarkan rakaman percakapan bekas ketua polis itu dengan suruhanjaya berkenaan. "Beliau tidak memberikan sebarang bukti yang dapat menyokong dakwaan beliau bahawa wujud kartel dalam polis. "Beliau tidak menamakan mana-mana pegawai yang terlibat dalam isu kartel ini. "Beliau mengakui selaku ketua polis negara tidak pernah membangkitkan mengenai isu kartel ini dalam mana-mana mesyuarat melibatkan pengarah-pengarah jabatan PDRM Bukit Aman," kata kenyataan itu lagi. Selain itu, EAIC menegaskan Abdul Hamid juga "enggan untuk dirakam percakapan lanjut” bagi m

Seluruh dunia kata Najib penjenayah, kata Dr M

Image
Pertempuran mulut antara dua bekas perdana menteri semakin rancak. Malaysiakini melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bukan dia seorang sahaja yang menggelar Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai penjenayah, malah banyak pihak di seluruh dunia juga melakukan hal yang sama. Kata Mahathir, seluruh dunia mengenali nama Najib serta jenayah yang dilakukannya, dan perbuatan itu akan dikenang generasi akan datang. “Saya bukanlah seorang sahaja yang menyebut nama Najib dan kaitannya dengan jenayah. Seluruh negara, bahkan seluruh dunia menyebut nama Najib sebagai penjenayah dalam ucapan, tulisan, buku (termasuk buku adiknya), radio dan televisyen dan lain-lain media. “Buku sejarah akan catit nama Najib supaya generasi akan datang kenal Najib sebagai penjenayah yang telah curi duit berbilion yang mahkamah telah sahkan. “Saya akan sebut nama Najib sebagai penjenayah setiap kali yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kata Mahathir, dia mengulang-ngulang menyebut nam

Kisah Jho Low meminang penyanyi

Image
Berita Flashback Bertentang mata di dalam satu majlis, seorang billionaire yang berasal dari Pulau Pinang tiba-tiba menjadi tidur tak lena, makan tak kenyang, hatta mandi pun tidak basah. Elva Hsiao Itulah yang dinamakan cinta pandang pertama. Terpikat, terharu dan terpesona dengan kejelitaan seorang penyanyi pop antara yang paling ngetop di Taiwan. Nama penyanyi itu pun sedap juga iaitu Elva Hsiao. Ini bukanlah cerita baru sangat. Tetapi tidaklah terlalu lama. Malah mungkin masih segar dalam ingatan para pengikut orang kaya muda yang berbadan gempal ini. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Lebih tepat, di bulan Ogos, 2012. Lebih mudah ingat lagi, ketika itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan perdana menteri Malaysia. Mohd Najib Tun Abdul Razak Menjelang PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini, cerita lama boleh menjadi baru, segar dan sedikit berguna. Diberitakan oleh sebuah tabloid di Hong Kong, Apple Daily , billionaire berkenaan, Low Taek J

Najib says corruption also occurred during Pakatan Harapan administration

Image
Former prime minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak last night denied that corruption existed only during the Barisan Nasional government’s time in power, FMT reported. Mohd Najib Tun Abdul Razak (The Malaysian Insight Picture) Najib said there were many corruption cases during Dr Mahathir Mohamed’s stint as prime minister of the Pakatan Harapan government. “There was corruption during Mahathir’s time. Everyone knows it happened during his time,” Najib said. And in that 22 months, it was up to Mahathir whether to take action or not, he said. “To say that it only occurred during the BN era is unfair,” he said in an interview that was streamed online. Dr Mahathir Mohamad According to FMT , last year, Mahathir told the news portal that corruption had led to the subversion of the PH government two years after coming to power, when several MPs decided to switch sides in March 2020. Najib also claimed that the more Mahathir, who is among his fiercest critics, ranted about him, the m