Posts

Showing posts from October, 2024

Hero filem Tamil masuk hospital

Image
Bintang filem Tamil pujaan jutaan peminat, Rajinikanth, 73, dimasukkan ke hospital malam semalam dan dijangka akan melalui prosedur elektif hari ini, demikian media melaporkan. Menurut Harian Metro , Rajinikanth kini berada di bawah pemantauan pakar kardiologi intervensi. Bagaimanapun, laporan berita berkenaan tidak menyatakan di hospital mana beliau sedang mendapat rawatan. Di media sosial, peminat dan penyokongnya mendoakan agar artis pujaan mereka itu segera sembuh dan menantikan maklumat terkini. Difahamkan, Rajinikanth bakal muncul dalam filem terbaharunya, Vettaiyan arahan pengarah TJ Gnanavel yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Selain Rajinikanth, filem itu juga dibintangi Amitabh Bachchan, Fahadh Faasil, Rana Daggubati, Manju Warrier, Ritika Singh, Dushara Vijayan dan Abhirami. Filem ini juga bakal menjadi penampilan pertama Amitabh Bachchan dalam filem Tamil. End © Permadu Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang Penolong Pengarang Nazura Othman Suntingan terakhir dan dibawa kepad

Kalau padi katakan padi, tidaklah keluarga Beng Hock tertampi-tampi

Image
Media melaporkan keluarga mendiang Encik Teoh Beng Hock meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ber-tai chi dengan menunaikan janji agar pihak berkuasa menyiasat semula kes kematian pembantu politik itu. Mereka mengingatkan dua bulan telah berlalu sejak pertemuan dengan perdana menteri pada 1 Ogos lalu. "Perdana Menteri berjanji untuk berbincang dengan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara mengenai cara membuka semula kes itu, tetapi setakat ini kami belum melihat sebarang tindakan daripada pihak polis. "Perdana Menteri mengatakan bahawa siasatan polis juga akan mengkaji permintaan keluarga Teoh dan merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan. "Setakat ini, kami belum melihat polis menyiasat secara menyeluruh pegawai-pegawai SPRM yang menyoal siasat Teoh Beng Hock berdasarkan kesimpulan Mahkamah Rayuan bahawa 'kematian Teoh Beng Hock disebabkan oleh tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau lebih individu yang tidak dikenali'," kata kel

Last kampung (village) in Singapore, after this no more

Image
KAMPONG  Lorong Buangkok, the last remaining village in Singapore valued at SGD 70 million (RM225 million), has gained attention recently on social media, observed the Sun Daily in its report yesterday. In a TikTok video by Wan & Zal, a duo known for exploring properties in Singapore, they showcase the village and its place in the local landscape. The village stands strong thanks to its owner, Madam Sng Mui Hong ( picture , above ). The land was purchased by her father, Mr Sng Teow Koon, a traditional Chinese medicine seller in 1956 and offers a glimpse into the nation’s rural past. “This village has been here for 69 years,“ Sng said, and despite tempting offers, she refuses to sell the land. Her reason lies in a promise made by her late father. “He wanted me to keep this land for his children and grandchildren,“ she adds. According to the duo, the kampung’s freehold status means the government cannot acquire the land as long as Sng holds on to it, preserving this piece of history