ANTARA FESYEN MENARIK ORANG RAMAI
Malaysia sambut Merdeka hari ini Fesyen patriotik tarik perhatian orang ramai di Putrajaya Muhammad Farid Nasir SEORANG pelajar sekolah menengah bukan sahaja menunjukkan rasa sayang terhadap Malaysia, tetapi kasih dan sayang itu turut dicurahkan kepada perdana menteri dua kali Dr Mahathir Mohamad. Dengan memakai tanjak di kepala serta berjubah jalur gemilang tertera wajah pemimpin kesayangan ramai berusia 94 tahun itu, Muhammad Farid Nasir membelanjakan RM50 menempah pakaian tersebut dari seorang tukang jahit. Ketika ditanya harapannya, Muhammad Farid berkata beliau berkongsi dengan rakan-rakannya mengimpikan sebuah Malaysia yang aman dan harmoni. "Saya harap Malaysia dapat mengekalkan keharmonian dan kebebasan semua kaum mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing," beliau dipetik The Star Online sebagai berkata demikian. Dua orang anak Ariani Pariman ini turut menjadi tarikan orang ramai Ariani Pariman, 45, mengambil masa tiga minggu