Posts

Showing posts from February, 2025

Pelik bin Ajaib — Yang paling banyak bantu petani, yang itu paling dikritik!

Image
Muhyiddin pernah berkata: Pertanian Itu Perniagaan Seorang pemerhati politik menzahirkan rasa kesal kerana pihak yang banyak membantu para petani dan pesawah telah menjadi sasaran kritik paling berbisa, sedangkan bila dibanding dengan para pemimpin terdahulu, fakta dan angka-angka menunjukkan hakikat yang sebenar. Pemberian bantuan dan subsidi banyak ditumpukan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Adakah ini memberi gambaran bahawa isu pesawah dan petani sedang dipolitikkan pihak-pihak tertentu? Berikut adalah kenyataan pemerhati berkenaan: 'Antara pemimpin yang membantu pesawah padi...cuma kita pelik yang paling banyak bagi dan bantu pesawah itu lah yang banyak kena kecam dan di kutuk.... "Sebab itu Allah buatkan kita akal supaya dapat berfikir bukan sebab emosi....lembu atau kambing Allah bagi otak tapi tak bagi akal.... "Tak nak ucap terima kasih pun tak apa tapi bersyukurlah sikit.....jika tak cukup lagi bolehlah minta cara baik....tak perlu maki hamun dan...

Portal pro-pembangkang popular persoal SPRM biarkan DBKL lakukan 'siasatan dalaman' skandal kontrak babitkan artis pro-Anwar

Image
Janganlah kerana kamu penyokong tegar Anwar, kamu dapat layanan special dari yang lain yang terus bergari dan pakai baju oren😅 namun Permadu percaya SPRM mempunyai sebab profesional memberi laluan kepada siasatan dalaman terlebih dahulu Tekanan kini tertumpu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas badan antirasuah itu memberikan ruang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalankan siasatan dalaman kes rasuah membabitkan Datuk Afdlin Shauki, pengarah, pelawak dan pelakon yang merupakan penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut pemerhatian p ortal berita pro-pembangkang popular yang semakin berpengaruh dan lantang, MalaysiaNow dalam satu laporan kelmarin. Ini kerana sebelum ini, menurut portal itu, SPRM pernah menahan pegawai majlis perbandaran tanpa perlu menunggu siasatan dalaman.  Pada Julai tahun lalu, seramai tujuh penguatkuasa DBKL ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi premis ya...

Wanita dakwa akan berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang dikesan berada di Perak, di peringkat akhir siasatan

Image
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang Gambar Berita Harian Polis sudah rakam percakapan wanita dakwa akan kahwin dengan Tengku Hassanal Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman. Gambar fail NSTP Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang wanita yang mendakwa bakal melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada April tahun ini, Berita Harian melaporkan dari Kuantan. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata setakat ini, pihaknya dalam peringkat akhir siasatan, sebelum ia dimajukan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Katanya, wanita berusia 38 tahun itu dikesan di Perak dan pihaknya sudah merakam percakapan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya selepas Program Perhimpunan Bulanan bagi Februari 2025 di I...

Ramasamy must understand Anwar is not a powerful PM because PH is only one part of the government

Image
Former Pulau Pinang Deputy Chief Minister Prof Dr P Ramasamy said that Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is a reformist in rhetoric but not in action. As a highly educated and experienced politician, Ramasamy must understand Anwar is not a powerful PM because Pakatan Harapan (PH) is only one part of the unity government namely Madani. Dominated by DAP, Anwar's party PKR is a minority party in the coalition of PH itself. By winning less than the required simple majority (but higher than Perikatan Nasional led by Tan Sri Muhyiddin Yassin) in 15th general elections in November 2022, PH, the Anwar-led coalition is clearly weak and had no strength at all to form a government on its own independently. Without consent and blessings from the then Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, after supported by several other coalitions, such as BN and political parties in S...