Posts

Showing posts from December, 2024

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Image
23-year-old university student claimed she was asked to transfer RM5 to an immigration officer's personal bank account when she collected her new passport, despite having already paid the renewal fee online.  NSTP FILE PICTURE Immigration Department should not force people to buy the  passport plastic protective cover A 23-year-old university student has alleged that an immigration officer in Johor Bahru asked her to transfer RM5 to a personal bank account after she collected her renewed passport, despite already paying the required renewal fee online, New Straits Times reported on Saturday 30 November 2024. The student, who requested anonymity, said she received an email from the immigration department on 26 November 2024 , notifying her that her passport was ready for collection at the Urban Transformation Centre (UTC) in Galleri@Kotaraya. When she arrived, a female immigration officer handed her the passport and requested an additional RM5 payment. Surprised by the unexpected ch

Najib sedih NGO berwibawa seperti Bersih, C4, Aliran kelihatan berat sebelah, memihak

Image
Dari dalam penjara, bekas perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menzahirkan rasa sedih kerana beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih, C4, Aliran dam lain-lain kelihatan prejudis terhadapnya hingga tiada satu pun yang betul mengenai dirinya. Beliau merujuk kepada kes terbaru di mana dirinya dan Tan Sri Irwan Siregar dilepas tanpa bebas, atau bahasa ringkasnya, DNAA. Berikut adalah petikan kenyataan beliau yang dipercayai disediakan pihak pentadbir akaun Facebook Najib Razak hari ini: Kenapa NGO-NGO seperti BERSIH, C4, Aliran dan sebagainya tidak pernah tanya tentang kesahihan memorandum dalaman AGC setebal 12 muka bertarikh tahun 2019 yang rumuskan pihak pendakwaan kes IPIC sebulat suara bersetuju bahawa langsung tiada asas untuk dakwa Najib? Sedangkan bekas Peguam Negara tidak pernah nafi bahawa dokumen tersebar itu adalah sahih dan pihak pendakwaan juga hanya jawab "tiada komen" bila ditanya oleh hakim dalam mahkaman berkenaan kesahihan dokum

Balu Tun Daim gesa SPRM siasat Anwar

Image
Toh Puan Na’imah Khalid, balu Allahyarham  Tun Daim Zainuddin Balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin dilaporkan sebagai berkata Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya bekas menteri kewangan iaitu suaminya. Menurut Malaysiakini , Toh Puan Na’imah Khalid membuat kenyataan itu selepas SPRM memaklumkan pihaknya akan meneruskan siasatan ke atas Daim dan keluarganya berhubung pembelian aset di luar negara. Adalah lebih baik bagi SPRM untuk menggunakan sumber yang ada bagi menyiasat pengakuan perdana menteri sendiri di Parlimen bahawa ahli perniagaan telah membayar perjalanannya ke luar negara.  “Apa yang mereka dapat sebagai habuan? Bukankah itu rasuah?” kata Na’imah dalam kenyataan. Na'imah merujuk kenyataan di Parlimen pada 21 November lalu yang kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanan dan lawatan rasmi perdana menteri ke lima negara awal bulan ini ditampung oleh syarikat swasta yang mengikuti u