Posts

Showing posts from November, 2022

Gelagat Rafizi, Fahmi Fadzil dorong rakyat lihat PH tiada beza dengan BN

Image
  Mungkin terlalu excited jadi kerajaan Semalam, ahli parlimen PKR/Pakatan Harapan Lembah Pantai Fahmi Fadzil (gambar, atas) dilaporkan berkata beliau atau boss beliau telah mengarahkan polis menyiasat mereka yang membuat tuduhan berunsur fitnah terhadap perdana menteri baru.  Baru memerintah beberapa hari sudah menampakkan unsur menyalahgunakan institusi kepolisan. Kalau tak puas hati, buatlah laporan polis atau guna saluran undang-undang seperti memulakan tindakan saman sivil. Mana-mana pemimpin harus menerima hakikat mereka terdedah kepada risiko dikritik dan difitnah. Jadi guna saluran yang betul. Bukan main arah-arah Polis Diraja Malaysia. Bukan Polis diPM Malaysia.  Tidak lama sebelum PRU15, Timbalan Presiden PKR yang kini ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli (gambar, atas) dilapor media sebagai "naik angin" apabila disoal wartawan mengenai keraguan yang timbul dari pengisytiharan harta beliau menjelang penamaan calon untuk PRU15. Antara kekeliruan termasuk dari mana sumb

Majlis Raja-Raja cadang PM tak terlibat perlantikan hakim

Image
  Penglibatan perdana menteri seperti ketika ini boleh mengakibatkan konflik kepentingan diri dan politik Majlis Raja-Raja hari ini mengesyorkan supaya perdana menteri tidak campur tangan dalam perlantikan lima wakil dalam Suruhanjaya Perlantikan Hakim (JAC), sebuah badan yang memberikan cadangan calon untuk menjadi hakim mahkamah, demikian menurut laporan MalaysiaNow .  Ia adalah susulan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ( gambar , atas sekali ) yang berjalan selama dua hari di Istana Negara bermula semalam. Dalam kenyataannya, Majlis Raja-Raja berkata struktur JAC ketika ini mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki, di samping turut mengatakan keanggotaannya adalah kritikal bagi memastikannya terus berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber. Ketika ini, empat dari sembilan anggota JAC adalah terdiri daripada hakim-hakim kanan, sementara lima lagi anggota adalah lan

Kehebatan luar biasa PAS di PRU15 mengejutkan

Image
  PAS mampu tawan Selangor di pilihanraya negeri yang mesti diadakan sebelum Ogos, 2023 Kebencian terhadap UMNO sukar diatasi walaupun parti itu sertai pentadbiran Anwar Ibrahim Pakatan Harapan turut terkena tempias Keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-15 sudah pun diketahui. Buat pertama kali dalam sejarah politik tanah air, tidak ada gabungan parti yang melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Akhirnya, kerajaan perpaduan atas muafakat antara gabungan parti politik dibentuk dan diterajui Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10. PRU ke-15 memberi perspektif yang jelas dalam beberapa perkara. Pertama, riwayat Umno-BN seperti telur di hujung tanduk. Kedua, Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan momentum namun tidak mampu mempertahankan kubu kuatnya. Ketiga, Perikatan Nasional (PN) dapat menarik pengundi dan mengempur kubu kuat PH dan BN. Sudah pasti perspektif ketiga itu mengejutkan ramai. Dalam diam, PN menjadi pesaing hebat kepada PH dan BN meskipun ia baru dua tahun ber