Posts

Showing posts from October, 2021

Tahniah Ketua Pemuda PAS baru

Image
  Ahmad Fadhli dijangka bakal bawa pelbagai pembaharuan matang dan sejahtera Di MUKTAMAR PEMUDA PAS , b ekas timbalan ketua pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ahmad Fadhli Shaari dipilih menerajui kepimpinan DPPP yang baru. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman mengumumkan keputusan pemilihan itu di Ibu Pejabat PAS Pusat hari ini. Ahmad Fadhli memenangi jawatan itu dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan penyandangnya, Khairil Nizam Khirudin dan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahya dengan memperolehi 508 undi. Tempatnya sebagai timbalan digantikan oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden yang memperoleh sebanyak 489 undi. Manakala Hanapi Zulkafli pula dipilih sebagai naib ketua pemuda PAS Pusat dengan meraih 473 undi. Jawatan Pengerusi Tetap pula disandang oleh Riduan Mohd Noor yang menang tanpa bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap disandang oleh Nor Azariza Mohd Alawi. Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62 diadakan di Port Dickson, Negeri Sem

PAS pilih yang mana, Bersatu atau UMNO?

Image
PAS for all ! Muhyiddin: Terserah kepada PAS  (Gambar Bernama) Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, demikian menurut laporan Bernama . Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu akan meneruskan strategi yang telah dibincangkan dan dirancang serta bersedia untuk pertembungan tiga penjuru. “UMNO di Perhimpunan Agung telah buat keputusan tak nak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi kita tak akan tunggu dan teruskan persiapan kita untuk pilihan raya negeri ini. “Sama ada tiga penjuru ke, empat penjuru ke, kerana bagi saya ini adalah cabaran dan kita berusaha untuk menawarkan pilihan yang terbaik untuk negeri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama profesional Melaka di bandaraya bersejarah itu hari ini. Khamis lepas, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pili

Naratif "Melaka Sayang Abah (Muhyiddin)" boleh akibatkan PN kalah teruk

Image
  PAS nampak dengan jelas kedudukan mereka lebih kuat jika bersama UMNO, berbanding Bersatu yang sangat lemah Berdasarkan maklumat dari sumber dalaman, FMT melaporkan ada ahli PAS yang dikatakan berasa kurang senang dengan keputusan pemimpin parti itu untuk membenarkan penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) oleh calon mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka. Sumber yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, situasi itu berkemungkinan akan mengundang masalah kepada PN yang dipimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih dikenali sebagai Bersatu. PAS terkejut Menurut sumber itu, ramai dalam kalangan PAS yang terkejut dengan pengumuman yang dibuat Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu, PAS dan Gerakan akan bertanding menggunakan lambang PN di PRN Melaka. Susulan perkara itu, ada sesetengah pimpinan dalam parti Islam terbabit telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara terbuka. Tuan Ibrahim berterus-terang cadang guna logo PAS sendiri Ahli Jawatank

Ismail Sabri lebih Bersatu dari UMNO

Image
  Nampaknya lebih baik PM Ismail, Khairy, Hishammuddin dan rakan-rakan UMNO dalam kabinet Keluarga Malaysia melompat parti untuk masuk Bersatu. Jangan jadi hipokrit. Tunjukkan ketegasan yang jelas. Untuk apa masih berada dalam UMNO kalau tidak tahu menghormati keputusan akar umbi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO serta kelihatan mengabaikan presiden parti keramat Melayu itu. Buruk macam mana pun Zahid Hamidi, dia masih presiden UMNO yang sah. Jangan fikir Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang berhadapan puluhan (47 kalau tak salah) tuduhan jenayah rasuah, penggubahan wang haram, salah guna kuasa dan lain-lain, itu bermakna kamu semua yang lain bersih dan tidak korup. Sebenarnya kamu semua dilihat dua kali lima dan sama-sama haprak dengan presiden dan bekas presiden dari Pekan. Cuma kamu terselamat dari didakwa atas sebab yang tidak perlu dijelaskan. Kamu sendiri tahu dan rakyat pun boleh agak. Selepas melompat masuk Bersatu, barulah tahu langit tinggi rendah pada

1MDB has enough money to repay its obligations up to 2022

Image
Goldman Sachs guarantees a minimum of US$1.4 billion (RM5.8 billion) in asset recovery (AP Picture) In KUALA LUMPUR, Bernama reported 1MDB’s total outstanding debt remains at RM32 billion as at end-June 2021. A total of RM12.8 billion of its financial commitments and debt servicing has been paid up via loans and advances from the government or Ministry of Finance (MoF) Inc as of September 2021, amounting to almost RM10 billion, as well as utilisation of the Trust Account. The outstanding balance of the Trust Account, which also earns placement profits (“hibah”), stood at RM15.3 billion and is currently sufficient to cover 1MDB’s obligations up to 2022, the finance ministry said in its 2022 Fiscal Outlook and Federal Government Revenue Estimates report released today. 1MDB’s overall outstanding financial obligations, comprising both principal (RM32.2 billion) and interests or profits on the debt (RM7.1 billion), amounted to RM39.3 billion. The now-defunct 1MDB was established as a MoF