Ismail Sabri lebih Bersatu dari UMNO
Nampaknya lebih baik PM Ismail, Khairy, Hishammuddin dan rakan-rakan UMNO dalam kabinet Keluarga Malaysia melompat parti untuk masuk Bersatu.
Untuk apa masih berada dalam UMNO kalau tidak tahu menghormati keputusan akar umbi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO serta kelihatan mengabaikan presiden parti keramat Melayu itu. Buruk macam mana pun Zahid Hamidi, dia masih presiden UMNO yang sah.
Jangan fikir Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang berhadapan puluhan (47 kalau tak salah) tuduhan jenayah rasuah, penggubahan wang haram, salah guna kuasa dan lain-lain, itu bermakna kamu semua yang lain bersih dan tidak korup.
Sebenarnya kamu semua dilihat dua kali lima dan sama-sama haprak dengan presiden dan bekas presiden dari Pekan. Cuma kamu terselamat dari didakwa atas sebab yang tidak perlu dijelaskan. Kamu sendiri tahu dan rakyat pun boleh agak.
Selepas melompat masuk Bersatu, barulah tahu langit tinggi rendah pada PRU15 nanti. Parti PPBM atau Bersatu umpama Maharaja Puyuh.
Parti UMNO tak bersalah. Yang bersalah pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang nampaknya seperti penunggang parti dan menggunakan ahli-ahli bawahan parti untuk kepentingan peribadi.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir
DITERBITKAN DENGAN KEBENARAN JEMAAH SIDANG PENGARANG
Permadu
Comments
Post a Comment