Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Sabtu 31 Julai 2021
Covid-19 di Malaysia, Sabtu 31 Julai 2021 Mula agresif merebak di luar Lembah Klang Jangkitan Covid-19 hari ini mencecah rekod tertinggi baru 17,786 kes dengan tanda-tanda virus itu mula merebak secara agresif di luar Lembah Klang. Kompilasi berita bersama Nazura Othman, wartawan kanan Permadu Malaysia Ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,113,272 kes, maklum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Negara juga mencatat sebanyak 11,718 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 914,639. Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 189,609. Empat negeri dan wilayah persekutuan mencatat jangkitan baru melebihi empat angka - satu trend yang pada masa lalu kebanyakannya cuma terlihat di Lembah Klang. Selain Selangor dan Kuala Lumpur, negeri-negeri yang menyaksikan lebih daripada 1,000 kes termasuk Kedah (1,389 kes), Johor (1,144 kes) dan Sabah (1,035 kes). Menghampiri ambang kes empat angka ialah Negeri Sembilan (929 kes) dan Terengganu (883 kes). Sementar...