Posts

Showing posts from November, 2020

PROTON TIARA BAKAL MUNCUL SEMULA DENGAN WAJAH BARU

Image
Waah.. Cantiknya Proton Tiara baru SEMEMANGNYA Proton merupakan jenama kereta buatan Malaysia. Berasal dari Malaysia. Sukar untuk dinafikan, bila bercakap mengenai pilihan ramai, selalunya ia berpihak kepada Perodua . Dapatkah Proton Tiara model baru menandingi Perodua Axia ? Proton Tiara model lama Apa yang menarik, Proton Tiara baru dicipta reka bentuknya oleh  Theophilus Chin , pihak yang sama diberi tugas membuat reka bentuk untuk Honda HRV model akan datang. Begitulah cerita terkini mengenai perkembangan industri pengilangan kereta di Malaysia, berdasarkan laporan terbaru dari wapcar . Dibawa kepada anda  oleh  Fauzi Kadir  untuk   Permadu Malaysia ● 2020 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara Hubungi kami  +6011 1185 9874 atau  permadu@gmail.com Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang Zafiyah Hussain Kumpulan Permadu Media Blog  Permadu Malaysia Facebook  Permadu Harmony Page  Permadu Station Audio Visual  Permadu TV Music  Permadu Music

UMNO TELAH LAMA BERSABAR, KATA TAJUDDIN

Image
Jawatan TPM : UMNO telah lama bersabar – Tajuddin Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (gambar atas) menegaskan UMNO telah lama bersabar dan mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu. Justeru, beliau menasihatkan Bersatu untuk berlapang dada dan beri peluang kepada UMNO untuk pegang jawatan TPM. Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan mempertahankan pemimpin partinya berhak mendapat jawatan timbalan perdana menteri. Ini meskipun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pemimpin dan anggota parti itu tidak mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan timbalan perdana menteri dengan memberikan kuota berkenaan kepada Umno. Kenyataan Zahid muncul beberapa jam selepas Mingguan Malaysia menerbitkan wawancara dengan naib presiden Umno, Ismail Sabri yang mengatakan pihaknya akan membangkitkan isu jawatan timbalan perdana menteri kepada Muhyiddin selepas perbahasan Belanjawan 2021. Zahid tidak mungkin dilantik sebagai timbalan pe

SEMUA MAHAL DI TERENGGANU

Image
Orang Terengganu bukan kuat makan, tapi harga barang mahal Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial,  Universiti Malaysia Terengganu (UMT),  Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha  (Gambar Utusan Malaysia) SEORANG pensyarah universiti memberitahu Utusan Malaysia , purata perbelanjaan bulanan bagi makan dan minum rakyat Terengganu yang didapati tertinggi di Malaysia sebanyak RM967 bukan disebabkan oleh tabiat pemakanan sebaliknya dipengaruhi oleh kos sara hidup yang mahal. Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha berkata, isu itu bukan sesuatu yang baharu di negeri ini, bahkan telah bermula sejak penemuan minyak di perairan pantai Terengganu, hampir 40 tahun lalu. Katanya, pembangunan Paka dan Kertih di Dungun  sebagai pusat perindustrian petroleum Terengganu menjadikan kos sara hidup di kedua-dua kawasan itu jauh lebih tinggi berbanding di daerah lain hingga menghimpit penduduk tempatan.

IBU... ENGKAULAH RATU HATIKU

Image
  Ada banyak yang tersirat dari pesanan ibu... Dengarlah pesanan ibu untuk masa depan yang gemilang Gambar dipetik dari blog OutSyed The Box oleh  Fauzi Kadir  untuk   Permadu Malaysia ● 2020 Permadu Harmony Bersepadu Semua Hak Cipta Terpelihara Hubungi kami  +6011 1185 9874 atau  permadu@gmail.com Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang Zafiyah Hussain Kumpulan Permadu Media Blog  Permadu Malaysia Facebook  Permadu Harmony Page  Permadu Station Audio Visual  Permadu TV Music  Permadu Music

SHEILA MAJID PENGERUSI TEBUK ATAP?

Image
Kemelut royalti muzik bagai ada persamaan dengan suasana politik Malaysia Datuk Sheila Majid (Gambar Utusan) DATUK SHEILA MAJID , penyanyi irama jazz yang sedang dilanda kontroversi di tengah krisis bayaran royalti muzik terkumpul dianggarkan berjumlah RM30 juta yang gagal diagihkan kepada mereka yang berhak, hari ini mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) . Ucapan terima kasih di atas kesudian SPRM menyerbu empat  pejabat iaitu  Recording Performers Malaysia (RPM) ,  Public Performance Malaysia (PPM) ,  Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM)  dan  Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) . Salah satu pejabat yang diserbu SPRM adalah pejabat Sheila Majid sendiri selaku Pengerusi  Recording Performers Malaysia (RPM) .  Utusan yang melaporkan Sheila mengucapkan terima kasih kepada SPRM pada tajuknya, tidak pula menghuraikannya dalam berita tersebut. Bagaimanapun, Utusan mempersoalkan pihak-pihak tertentu mengambil ma

ROYALTI RM30 JUTA UNTUK RAMAI PENYANYI LESAP?

Image
  Artis dan penyanyi ramai yang susah sekarang Karyawan dan penyanyi desak Sheila Majid letak jawatan Penyanyi Farahdiya (kiri) dan Khadijah Ibrahim (Gambar Malaysiakini) MEDIA melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis pada 25 November 2020 bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu. Antara pejabat yang diserbu adalah Recording Performers Malaysia (RPM) , Public Performance Malaysia (PPM) , Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) . Siasatan SPRM ini berkaitan isu royalti RM30 juta untuk artis yang dikhuatiri lesap dan didakwa tidak dibayar kepada pihak yang sepatutnya. Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim mendakwa dia hanya menerima beberapa ratus ringgit saja duit royalti daripada sebuah badan kutipan. “Sehingga sekarang, 20 tahun selepas Akta Hak Cipta dipinda untuk memberi hak kepada artis saya hanya d