SEMUA MAHAL DI TERENGGANU

Orang Terengganu bukan kuat makan, tapi harga barang mahal

Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, 
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 
Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha 
(Gambar Utusan Malaysia)

SEORANG pensyarah universiti memberitahu Utusan Malaysia, purata perbelanjaan bulanan bagi makan dan minum rakyat Terengganu yang didapati tertinggi di Malaysia sebanyak RM967 bukan disebabkan oleh tabiat pemakanan sebaliknya dipengaruhi oleh kos sara hidup yang mahal.

Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha berkata, isu itu bukan sesuatu yang baharu di negeri ini, bahkan telah bermula sejak penemuan minyak di perairan pantai Terengganu, hampir 40 tahun lalu.

Katanya, pembangunan Paka dan Kertih di Dungun sebagai pusat perindustrian petroleum Terengganu menjadikan kos sara hidup di kedua-dua kawasan itu jauh lebih tinggi berbanding di daerah lain hingga menghimpit penduduk tempatan.

“Masyarakat turut terkena tempias walaupun pendapatan yang diperoleh mereka tidak semewah pekerja industri petroleum yang kebanyakannya merupakan golongan berpendapatan tinggi.

“Bahkan, jangan tidak percaya harga barangan asas seperti ikan yang ditangkap di perairan Terengganu jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga ikan di negeri lain,” Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mendapati penduduk Terengganu paling tinggi menghabiskan belanja bulanan bagi tujuan makan dan minum sepanjang tahun lalu.

Rekod sama dipegang oleh Terengganu menerusi kajian dijalankan pada 2016 apabila membelanjakan purata sebanyak RM916 sebulan dan angka untuk dua tahun itu juga adalah jauh di atas paras nasional.

Menurut Roshaiza, keadaan itu dipercayai berlarutan hingga kini kerana kurang persaingan di antara peniaga di samping tiada permainan harga.

“Berbanding negeri lain, Terengganu tidak mempunyai lambakan pasaraya besar yang bersaing dengan sengit untuk mendapatkan pelanggan, oleh itu permainan harga tidak berlaku di sini. 

“Berdasarkan pemerhatian saya, penduduk Terengganu juga agak setia dan lebih selesa untuk membeli di pasar basah walaupun kos barangan di premis itu tinggi,” katanya.

Roshaiza berkata, kenaikan kos sara hidup di Terengganu itu turut dipengaruhi oleh pengiktirafan yang diterima negeri ini sebagai hab pelancongan di samping peningkatan harga rumah misalnya di kawasan sekitar Kuala Nerus yang menjadi pusat tumpuan pendidikan.


Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar