GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

ADA UNSUR PREJUDIS DALAM TULISAN FAISAL TEHRANI, SECARA JELAS MERUJUK KEPADA MUFTI PERLIS, DR MAZA WALAUPUN TIDAK MENYEBUT NAMA
Motif "menculik dengan niat membunuh" dan menggunakan anggota keselamatan negara atas bidang kuasa mufti didorong keyakinan serta ketaksuban fahaman Wahabi dan Salafi yang berpusat di Arab Saudi, dengan pemikiran hanya aliran fahaman mereka sahaja yang betul.
Namun, pandangan Faisal Tehrani tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Prof. Bersekutu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, secara komersial dikenali sebagai Dr. Maza,  pendakwah Salafi, penulis, pensyarah dan pemikir/perunding agama Islam dari Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua sejak 2 Februari, 2015. Tempoh pertama beliau sebagai mufti Perlis dari 2006 hingga 2008. 

MISTERI kehilangan yang dipercayai diculik dengan niat untuk membunuh Amri Che Mat, Pastor Raymond Koh dan tiga lagi personalìti berkaitan agama Islam dan Kristian masih menunggu jawapan pasti.

Ada andaian yang menyakinkan mempercayai bahawa mereka sudah dibunuh setelah diculik. Lebih mencemaskan, jika benar mereka sudah dibunuh, Suhakam yang menjalankan inkuiri selama dua tahun dari 2017, membuat rumusan ia melibatkan pihak berkuasa kerajaan. Lebih spesifik lagi, melibatkan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Antara lain, Faisal Tehrani menulis seperti berikut:
(dipetik dari artikel tulisan beliau yang disiarkan FMT pada 21 November 2019)

Pada 24 Nov 2016, Amri Che Mat, pengasas bersama sebuah persatuan kebajikan dengan nama Perlis Hope, keluar dari rumahnya untuk menemui seorang sahabat. Saksi ternampak 5 kenderaan menghalang laluan kereta Amri, kira-kira 550m dari rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis, sebelum beliau dibawa pergi.
Kes Amri, bersama kes melibatkan Pastor Raymond Koh (diculik semasa memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Feb 2017) adalah 2 kes yang disimpulkan sebagai kehilangan paksa oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam satu inkuiri panjang bermula Oktober 2017.
Saya pernah bertanya di kolum ini, “Kehilangan paksa Amri dan Koh, siapa ‘makan darah’?”
Siapakah pemakan darah

Siapa? Siapakah pemakan darah mereka?
Dua kes ini amat bersejarah dalam negara kita. Ia kes peregukan darah warganegara dengan cara paling nista. Ia kes peregukan darah yang sangat tragis dan menakutkan.
Sudah tentu kita amat terkejut apabila Suhakam membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa membabitkan kedua-dua aktivis sosial ini, Amri dan Koh.
Suhakam merumuskan ejen negara terbabit

Pesuruhjaya Suhakam ketika itu, Mah Weng Kwai, merumuskan panel yakin terdapat individu atau kumpulan yang beroperasi dengan sokongan ejen negara telah terbabit dalam penculikan itu.
Membayangkan yang buruk, yang darah

Minggu ini, kehilangan Amri sudah memasuki tahun ketiga. Dan Amri belum ditemui. Kita hanya dapat membayangkan yang buruk-buruk. Yang darah.
Polis cuba mengaburkan

[...] panel Suhakam yang menyiasat kes kehilangan Amri mendakwa polis melakukan “usaha untuk mengaburkan” dan ia berkait dengan Saiful Bahar Abdul Aziz yang juga bekas pekerja kontrak Cawangan Khas.
Akan tetapi, dengan akal waras, tanpa watak bernama Saiful Bahar ini, kita akan tertanya-tanya mengapa pihak yang wajar melindungi warganegara akan bertindak sebaliknya? Apakah motivasi di sebalik penculikan atau kehilangan paksa ini? Sekali lagi, siapakah pemakan darah Amri?
Sektarianisme

Untuk Amri, salah satu hipotesis paling hampir dan boleh diyakini, yang menjadi sebab darah Amri direguk dan beliau dikorbankan; adalah sektarianisme.
Berdasarkan itu, kita akan dapat membuat satu hipotesis lain; siapa yang bertanggungjawab, atau siapa yang terlibat. Yakni, tangan siapa yang berlumuran darah.
Amri pengikut Syiah?

Sepanjang inkuiri Suhakam, berkali-kali dibangkitkan soal sama ada Amri adalah seorang pengikut Syiah. Malahan, dalam tempoh itu, terdapat usaha agamawan tertentu memalitkan Amri dengan keganasan dilakukan secara sistematik.
Sebagai contoh, Amri didakwa (tanpa bukti dan memang lucu) ingin menubuhkan negeri mullah ala Syiah di Perlis. Akan tetapi seperti yang kita semua tahu, bukan Amri yang mereguk darah; tetapi (mungkin) darah Amri yang direguk. Yakni sudahnya; bukan Amri yang mengganasi Perlis, tetapi kelihatannya ada elemen di Perlis yang mengganasi Amri.
Baca perenggan di atas sekali lagi; Amri mangsa, Amri bukan pemangsa.
Jika kita memegang kenyataan bekas ketua polis negara, Khalid Abu Bakar yang mengakui di dalam inkuiri Suhakam, beliau pernah mengarahkan pasukannya membantu pihak berkuasa agama dalam menguatkuasakan fatwa terhadap pengikut Syiah dan kegiatannya; kita akan menemui satu hipotesis penting: Amri hilang kerana sektarianisme. Atau baca, Amri dimangsai fatwa.
Khalid ketika disoal panel Suhakam yang menyiasat kehilangan Amri mengatakan “masalah Syiah ini sebenarnya bukan masalah PDRM, tetapi kita ada persefahaman dengan jabatan agama Islam, dalam hal-hal kesalahan di bawah akta syariah negeri-negeri, kita akan membantu jabatan agama Islam”.
Pendedahan Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial Bukit Aman

Apatah lagi bekas ketua penolong pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Awaludin Jadid juga “pernah mendedahkan unitnya telah mengawasi Amri sebelum kehilangannya dan melihat NGO Perlis Hope yang diasaskan bersama oleh Amri itu sebagai satu bentuk aktiviti penyebaran fahaman penganut Syiah”.
Mungkin kita mencari orang yang salah. Misalnya Saiful Bahari mungkin ada maklumat siapakah yang menghilang paksa Amri, tetapi yang harus ditanyakan dengan waras adalah siapakah pula di belakang penculik Amri? Atau jika Suhakam benar yang terbabit adalah elemen di dalam polis itu sendiri, kita akan bertanya dengan jujur, siapakah yang mendorong polis?
Ini kerana, secara waras kita semua tahu polis bekerja untuk melindungi kita, bukan mengganasi kita?
Maka, jika itu betul berlaku, siapakah yang memotivasikan polis? Atau lebih tepat; agamawan, ustaz, lebai atau mufti mana yang mendorong polis (jika memang polis) melakukan kehilangan ini? Tambah pula terdapat kenyataan polos daripada Khalid seperti disentuh di atas.
Yang mereguk darah Amri ialah mereka di sebalik fatwa terhadap pengikut Syiah. 

Ia adalah produk sektarianisme. Amri adalah bibit mangsa kepada sektarianisme.
Sektarianisme adalah jenayah kebencian berasaskan agama, satu prejudis agama bahawa kita saja yang benar; dilakukan terhadap sehimpunan pengikut mazhab tertentu, dan biasanya dilakukan negara dengan mekanisme undang-undang.
Menghalalkan darah minoriti seperti Syiah dan Ahmadiyah direguk

Bukan itu saja, fatwa ini menghalalkan pemomokan terhadap mereka. Dan tidak ada pula mekanisme undang-undang untuk mengawal kalau-kalau pemomokan itu menjadi kebencian meluap sehingga membolehkan darah minoriti seperti Syiah dan Ahmadiah direguk.
Pelaku gejala kemazhaban berasa seronok, bebas dan mua sewenangnya memperalat ejen negara

Oleh sebab tiada instrumen mengawal, maka mereka yang melakukan gejala kemazhaban ini berasa seronok, bebas, mua, melakukan sewenang-wenangnya dan tidak mustahil memperalatkan ejen negara seperti pasukan keselamatan untuk melakukan peregukan darah bagi pihak mereka.
Wahhabisme, ajaran takfiri Muhamad Abdul Wahab

Satu hal yang mungkin kita patut pertimbangkan juga adalah kehilangan dan peregukan darah Amri ada kaitan Wahhabisme, negeri Wahhabi, agamawan Wahhabi, doktrin dan ajaran takfiri Muhamad Abdul Wahab.
Tuduhan terhadap Mufti Perlis Dr MAZA walau tak sebut nama

Ada kemungkinan, yang harus dicari bukan Saiful Bahari yang dipercayai mempunyai maklumat kehilangan Amri. Kemungkinan paling menjolok mata ialah motivator kehilangan Amri, yang benar-benar mempunyai sebab untuk mereguk darah Amri adalah elemen yang paling dekat dengan Amri di Perlis itu sendiri.
Bebas dan bermaharajalela kerana mereka tidak pun dicari

Entiti itu masih bebas, dan masih bermaharajalela dan senang sekali kerana mereka tidak pun dicari. Entiti ini berlindung di sebalik sektarianisme. Dan mereka berasa selamat kerana sektarianisme itu dihalalkan oleh fatwa. Bahkan fatwa sudah menjadi undang-undang.
Semangkuk darah yang direguk akan menuntut setempayan darah lain. 

Pihak berwajib boleh membetulkan keadaan ini sekarang, dan tidak perlu menunggu ulang tahun keempat kehilangan Amri tahun depan.
Cari dan bertindak sekarang. Kata kunci adalah sektarianisme. Siapa yang paling memainkan sektarianisme ini?
Di situlah ada kejahatan. Di situ ada penculik Amri. Di sana ada pereguk darahnya.

Begitulah petikan sebahagian tulisan Faisal Tehrani yang kaya dengan berbagai pengistilahan aslì Melayu. Sungguh  indah lagi mengagumkan.
Tanpa menyebut nama, jelas Faisal membuat kesimpulan Dr MAZA sebagai individu yang menggunakan kuasa agama,  seterusnya menggunakan PDRM untuk menculik sebelum membunuh Amri Che Mat. Pembunuhan menjadi wajar berasaskan fatwa yang menghalalkannya.
Ini merupakan andaian berunsur tuduhan yang berat.
Kita faham mengapa Faisal tidak berani menyebut nama Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan nyata dan jelas. Kerana beliau kelihatan agak emosional dengan hujah-hujah yang diberikan tanpa disokong bukti yang boleh memberi keyakinan awam.
Menggunakan alasan kerjasama polis dengan jabatan agama untuk membasmi ajaran Syiah adalah tidak memadai. 
Menyatakan jabatan agama menggunakan fatwa untuk membuli dan membunuh terhadap pengamal Syiah juga adalah tuduhan liar. Ini kerana Faisal tidak menyatakan secara khusus fatwa yang mana satu. Menyebut fatwa secara umum adalah merbahaya.
Mungkin jabatan agama perlu sokongan PDRM dalam melawan keekstriman dan keganasan, membantu jabatan agama memerangi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk fahaman yang sebenarnya bukan Syiah, tetapi menggunakan nama Syiah sebagai mazhab atau jenama.
Kesilapan besar banyak jabatan agama negeri ialah menghentam, mengutuk dan menyerang Syiah sebagai satu mazhab secara membuta tuli, termasuk dalam khutbah Jumaat tanpa meneliti dan memperhalusi adakah amalan-amalan yang diperangi itu benar-benar datang dari ajaran mazhab Syiah atau sebaliknya.
Nama Syiah terjejas teruk di Malaysia walaupun hakikatnya kerajaan Arab Saudi sendiri membenarkan pengikut Syiah menunaikan fardu haji di Tanah Suci Mekah.

Pasangan Sunni dan Syiah boleh bernikah
Perempuan Sunni boleh bernikah dengan lelaki Syiah. Lelaki Sunni juga dibenarkan bernikah dengan perempuan Syiah. Di Malaysia pula PAS pernah mengharamkan ahlinya bernikah dengan ahli UMNO, yang sudah nikah dianggap tidak sah.

50 negara Islam iktiraf Syiah
200 ulamak dari 50 negara Islam di dunia juga membuat keputusan mengiktiraf Syiah sebagai satu mazhab dalam Islam pada tahun 2004 yang bersidang di Amman, Jordan.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menandatangani penerimaan pengiktirafan tersebut bagi pihak Kerajaan Malaysia pada 2005.
Kalau 200 ulamak dari 50 negara Islam di dunia boleh iktiraf Syiah, Pak Lah sudah tandatangan, apa yang special dengan Islam versi Malaysia serta justifikasi untuk mengharamkannya? Itu belum lagi cerita mengenai kafir zimmi dan kafir harbi.
Berbalik kepada isu Amri Che Mat.


Ketakutan awam
Pada ketika ini tiada bukti beliau sudah mati sebagaimana tiada bukti beliau masih hidup. Oleh itu ungkapan mereguk darah, tangan siapa berlumuran darah adalah berunsur lompatan ke satu kesimpulan. Secara tidak bertanggungjawab, ianya boleh mengundang ketakutan awam.

Persepsi mereka sudah mati dibunuh

Cuma persepsi di kalangan masyarakat, khususnya para pemerhati, Pastor Koh dan Amri Che Mat berkemungkinan disiksa dan sudah mati dibunuh.
Kita juga maklum selepas Suhakam membuat rumusan pihak Cawangan Khas Bukit Aman bertanggungjawab kehilangan paksa Amri dan Pastor Raymond Koh, kerajaan telah mengambil tindakan neutral dengan kadar agak segera.

Tindakan segera kerajaan

Pasukan Petugas Khas ditubuhkan pada 26 Jun 2019 yang akan memberi fokus kepada dakwaan salah guna kuasa oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata fokus itu rentetan daripada kesan laporan akhir pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang telah mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat kepada PDRM.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas yang akan dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Abdul Rahim Uda.

Ahli-ahli lain ialah Mohktar Mohd Noor, bekas Ketua Bahagian Perundangan, PDRM; Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), PDRM; Muhammad Bukhari Ab Hamid, Pengarah Bahagian Operasi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP); Sophian Zakaria, Pegawai Undang-undang, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara; dan Setiausaha: Mohd Russaini Idrus, Setiausaha Bahagian, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Kementerian Dalam Negeri.

Ini tidak disentuh sama sekali oleh Faisal Tehrani. Bagaimana pun, ini tidak bermakna pandangan Faisal boleh diabaikan begitu sahaja. Mungkin di sebalik prejudis dan emosi, ada kebenaran terselindung.

Perlu tetap tempoh masa Pasukan Petugas Khas


Menjadi harapan rakyat, penubuhan Pasukan Petugas Khas ini bukan sekadar untuk meredakan kehairanan masyarakat atau satu bentuk cover-up pihak kerajaan.

Sudah lima bulan berlalu. Belum ada berita kemas kini dari Pasukan Petugas Khas yang lembab ini. Rakyat menunggu.



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami:
permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain




Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank