Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara
Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Istana Pahang semalam mengisytiharkan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Tengku Puan Bendahara kepada Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya menerusi pengisytiharan memaklumkan gelaran berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Tengku Natasya Puteri merupakan isteri kepada Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan pasangan diraja itu telah diijabkabulkan pada 24 Oktober 2024.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment