Posts

Showing posts from December, 2020

2021 TAHUN JAKIM BUBAR, ZETI BERHENTI, NAJIB LEPAS

Image
  Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 2021 juga bakal menyaksikan sekurang-kurangnya satu peristiwa dramatik "Patutlah..." TAHUN 2021, akan menjelma sekejap lagi, yang dijangka mencabar dan mencipta suasana lebih sukar, getir lagi kritikal untuk negara dan rakyat jelata, tidak semestinya mesti disambut dengan ekspresi wajah bimbang, muram mahupun gundah gulana. Antara kejadian dijangka akan berlaku di tahun 2021 ini selain berakhirnya pandemik Covid-19 ialah terbubarnya JAKIM yang semakin dipertikaikan fungsinya. JAKIM, selain dilihat kehadirannya bertentangan dengan perlembagaan negara oleh orang-orang berkelayakan berpandangan sedemikian, JAKIM juga seolah-olah bertindak melebihi had bidang kuasa dalam konteks keagamaan apabila seumpama cuba jadi abang besar kepada pihak yang berhak memiliki bidang kuasa tersebut iaitu negeri-negeri dalam Malaysia, terkecuali wilayah-wilayah persekutuan. Dengan peruntukan RM1 bilion setahun, belum lagi yuran jual sticker Halal , keujudan JA

MESEJ TAHUN BARU 2021

Image
  Negara cacamarba bukti Wawasan 2020 gagal teruk Menjelang 2021 Oleh Datuk Zaid Ibrahim Angan-angan 1. Dua puluh tahun dahulu, pemimpin Malaysia berangan-angan besar, lalu mengisytiharkan kepada dunia Malaysia akan menjadi negara maju dalam tahun 2020. Saya turut bangga dan menaruh harapan impian ini tercapai, walaupun dalam hati kecil tertanya-tanya sama ada dengan usia mencecah 70 tahun, apakah saya dapat menjadi saksi kepada fenomena Malaysia negara maju ini. 2. Alhamdullilah, saya masih sihat pada hari ini, tetapi Malaysia jauh dari menjadi negara maju. Malah, ia sekarang menjadi sebuah negara cacamarba, tanpa identiti dan telah menunjuk ciri-ciri “split personality” yang sangat membimbangkan. Melompat parti tanpa rasa bersalah dan malu 3. Apa sudah berlaku kepada sistem demokrasi yang kita harap-harapkan menjadi teras pentadbiran negara? Wakil rakyat boleh melompat parti bila-bila masa tanpa rasa bersalah dan malu. Kita habiskan hampir RM900 juta untuk mengadakan pilihan raya umu

AWAK SEKARANG MENTERI, BUKAN MUFTI LAGI

Image
Soal akauntabiliti, ketelusan, kebocoran sistem dan pematuhan undang-undang Datuk Dr Zulkifli Al Bakri  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Dr Zulkifli Al Bakri diminta berfikir dan bertindak sebagai seorang menteri sekarang bukannya sebagai seorang mufti lagi sebagaimana sebelum ini. Ini berikutan kenyataan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu selepas terdedahnya tragedi 40 tahun penduduk negara ini memakan daging import tanpa kesahihan status halal atau haramnya. “Bila dah jadi menteri, orang tidak lagi bertanya tentang status halal atau haram. Itu kerja mufti. “Sebagai menteri kena fikir tentang akauntabiliti, tentang ketelusan, tentang kebocoran sistem dan tentang  rules of law ,” Malaysia Dateline memetik Jamzuri Ardani , penulis dan aktivis politik sebagai berkata ketika mengulas kenyataan Dr Zulkifli sebelum ini. Jamzuri Ardani Bagi beliau, apabila menteri masih berfikir seperti seorang mufti pun masalah juga. “Isunya bukan soal yakin atau tidak un

KEHADIRAN KES ZETI MEMUNGKINKAN NAJIB LEPAS TANPA BEBAS

Image
  "Patutlah...," kata Najib yang selari dengan laporan Raja Petra Kamaruddin Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal 1MDB yang disimpan dalam bank di Singapura, ia mungkin mempunyai impak kepada kes SRC saya sebab dia yang cadang saya gunakan akaun bank atas nama saya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima derma asing. Dan asas bagi kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB saya ialah dana asing yang dikatakan berasal dari SRC dan 1MDB pernah masuk ke dalam akaun bank atas nama saya. Semasa menjatuhkan hukuman, hakim SRC (yang tiba-tiba ditukar rejim Mahathir selepas perbicaraan kes saya telah bermula) mengesahkan bahawa saya telah beberapa kali meminta BNM dan CEO Ambank untuk memantau akaun bank atas nama saya dan memberitahu saya jika ada transaksi-transaksi yang meragukan. Bank Negara tahu tapi buat senyap CEO Ambank juga pernah memberitahu mahkamah bahawa dia telah merujuk kepada Zeti berkali-ka