KEHADIRAN KES ZETI MEMUNGKINKAN NAJIB LEPAS TANPA BEBAS

 "Patutlah...," kata Najib yang selari dengan laporan Raja Petra Kamaruddin


Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal 1MDB yang disimpan dalam bank di Singapura, ia mungkin mempunyai impak kepada kes SRC saya sebab dia yang cadang saya gunakan akaun bank atas nama saya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima derma asing.

Dan asas bagi kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB saya ialah dana asing yang dikatakan berasal dari SRC dan 1MDB pernah masuk ke dalam akaun bank atas nama saya.

Semasa menjatuhkan hukuman, hakim SRC (yang tiba-tiba ditukar rejim Mahathir selepas perbicaraan kes saya telah bermula) mengesahkan bahawa saya telah beberapa kali meminta BNM dan CEO Ambank untuk memantau akaun bank atas nama saya dan memberitahu saya jika ada transaksi-transaksi yang meragukan.

Bank Negara tahu tapi buat senyap

CEO Ambank juga pernah memberitahu mahkamah bahawa dia telah merujuk kepada Zeti berkali-kali berhubung transaksi-transaksi akaun bank saya.

Namun, hakim kata pendapat dia ialah saya tidak akan hirau amaran jikapun BNM atau Ambank pernah memberi amaran pada saya apabila berlaku transaksi yang tidak betul, sebab saya PM dan Menteri Kewangan masa itu.

Bagaimanapun, sepanjang masa akaun bank saya dibuka, BNM dan Ambank tak pernah sekalipun mengeluarkan sebarang amaran kepada saya.

Maka, jika ianya benar bahawa keluarga Zeti pernah menerima dana lebih RM100 juta dari Jho Low, ianya mungkin menjawab kenapa saya tidak pernah sekalipun diberi amaran berhubung transaksi-transaksi meragukan.

Zeti lantikan Mahathir

Ada juga yang tanya dalam komen posting saya tadi kenapa saya begitu percaya pada Zeti sebab dia adalah lantikan Mahathir sejak tahun 2000.

Tandatangan Gabenor BNM ada pada setiap wang kertas Malaysia.

Jadi, jika saya tak patut harapkan dia masa itu, siapa pula yang saya boleh harapkan?

Dan yang tanya kenapa Zeti tidak dipanggil sebagai saksi dan kenapa tuduhan keluarga dia pernah menerima dana dari Jho Low tidak pernah di bawa ke mahkamah, perlu tahu bahawa kami baru terima maklumat ini sejak bulan lepas setelah didedahkan pihak dalaman kepada kami.

Gagalkrasi

Sebelum ini, rejim gagalkrasi telah sorok matlumat ini daripada kita sebab pihak berkuasa yang bertanggung jawab berhubung dengan bank di negara asing untuk mendapat maklumat juga adalah BNM.

Najib gesa Zeti tampil beri penjelasan

Sebab itu, saya amat harap Tan Sri Zeti boleh berterus-terang dengan saya serta seluruh Rakyat Malaysia.

NOTA: Tidak pernah dijelaskan sesiapa pun kenapa saya perlu gunakan akaun atas nama saya sendiri jika saya mahu mencuri wang sedangkan akaun itu sentiasa dipantau oleh berpuluh pegawai dari BNM dan Ambank dan kenapa saya suruh BNM dan Ambank untuk pantau transaksi akaun saya jika saya mahu curi wang.

Yang terima dana lebih RM100 juta dan disimpan dalam bank Singapura untuk kegunaan peribadi, bisu memanjang.

RM100 juta berbanding RM42 juta

Yang terima dana RM42 juta dan dibelanjakan keseluruhan ke atas Rakyat dan bukan untuk kegunaan peribadi pula dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta (iaitu denda RM5 bagi setiap RM1 yang saya beri kepada rakyat).

Kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, seperti dipetik dari MYKMU.NET yang disiarkan semalam, hari Rabu, 30 Disember 2020.


PEMUDA UMNO DESAK POLIS DAN SPRM SIASAT KAITAN  BEKAS GABENOR BANK NEGARA DENGAN KES 1MDB

1. Pergerakan Pemuda UMNO hari ini telah mengadakan satu laporan polis berkenaan isu penting mengenai penglibatan seorang Gabenor Bank Negara yang disyaki terlibat dengan kes 1MDB. 

2. Terdapat keraguan yang membimbangkan berkenaan pendedahan mengenai penglibatan 3 orang lagi individu bernama, Dato’ Dr Tawfiq Ayman - Alif Ayman Aziz bin Tawfiq Ayman - Abdul Aziz bin Tawfiq Ayman. Ketiga-tiga individu adalah dilaporkan sebagai suami dan anak-anak kepada Tan Sri Zeti Aziz, bekas Gabenor Bank Negara. 

3. Sebuah syarikat Iron Rhapsody juga didakwa dimiliki oleh suami dan anak Tan Sri Zeti Aziz dan syarikat ini menerima wang berjumlah USD 16,219,409.23 daripada entiti yang mempunyai pendaftaran di bawah nama Jho Low. Juga disebut dalam laporan itu, Tan Sri Zeti dan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah telah berjumpa dengan Jho Low beberapa kali dan mereka mempunyai makluman mengenai bayaran yang telah diterima oleh suami dan anak-anak Tan Sri Zeti. 

4. Pemuda UMNO khuatir kerana sehingga hari ini, tidak pernah ada sebarang kaitan atau siasatan terperinci dan tindakan undang-undang yang telah dikenakan terhadap individu-individu penting di Bank Negara Malaysia berkenaan salahguna dana 1MDB. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan dalam senario terkini dalam skandal 1MDB ini, antaranya: 

a) Adakah benar transaksi-transaksi yang melibatkan ahli keluarga Tan Sri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara pada ketika itu berkait dengan 1MDB atau Jho Low? Apakah kaitan di antara Jho Low dan Dato’ Dr Tawfiq Ayman? 

b) Mengapakah Tan Sri Zeti Aziz yang merupakan antara individu yang bertanggungjawab melibatkan transaksi besar dalam dan luar negara kini berdiam diri mengenai dakwaan ini. 

5. Pemuda UMNO mendesak agar pihak PDRM dan seterusnya SPRM dapat memberikan satu tumpuan khusus untuk menyiasat berkenaan segala dakwaan, tuduhan dan fakta-fakta yang telah dikeluarkan oleh sebuah laman portal berita sebelum ini. 

6. Pemuda UMNO mahu pendedahan yang melibatkan soal integriti di kalangan penjawat jawatan tertinggi di institusi kewangan tertinggi di Malaysia diberikan keadilan sewajarnya. Rakyat Malaysia pastinya mahukan kebenaran terungkil dalam usaha kita bagi membersihkan semula nama negara tercinta ini di mata dunia.

Kenyataan Dato' Shahrul Nasrun Bin Kamaruddin, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dipetik dari Facebook Najib Razak semalam, hari Rabu, 30 Disember 2020


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Dr Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. soalan cepu emas.....kenapa tak pangil pak arab untuk megesahkan itu duit arab.By that cukup untuk lepas dari tuduhan...why why why
    why

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar