Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang
Lebih kurang UMNO juga
Satu demi satu isu mencurigakan berlaku di Selangor. Pada mulanya Pakatan Harapan (PH) disangka akan membuat pembaharuan. Rupanya lebih kurang UMNO juga. Jika UMNO sudah dihukum rakyat di Selangor, maka sudah tiba giliran PH pula.
Seperti tajuk di atas, isu Stadium Shah Alam, suami Menteri DAP Puan Hannah Yeoh dapat kontrak, kontroversi pemilik syarikat parkir, dan terkini kontroversi ladang babi dijangka akan menjadi faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang.
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan bekas Ketua Penerangan UMNO Selangor Encik Isham Jalil menyarankan Menteri Besar Selangor, para Exco Kerajaan Negeri dan penyokongnya supaya berpindah ke Bukit Tagar, kawasan berdekatan ladang babi yang menimbulkan kontroversi.
Dengan tindakan berkenaan, barulah kepimpinan Selangor akan memahami bantahan penduduk Selangor terhadap cadangan untuk menjadikan negeri berkenaan sebagai pengeksport babi terbesar ke Singapura.
“Selepas itu baru boleh sembang yang kononnya ladang babi itu selamat dan bersih untuk penduduk setempat. Taatlah kepada titah DYMM Sultan Selangor.
“Jika orang Singapura mahu makan dan import babi besar-besaran, importlah babi dari negara lain, bukan import babi dari negara yang rakyatnya rata-rata umat Islam," MalaysiaGazette memetik Isham sebagai berkata menerusi hantaran di Facebook semalam.
Tegasnya lagi, sebagai Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari sepatutnya membela dan melindungi rakyat Selangor dari pencemaran babi, bukan sebaliknya.
Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri yang nembenarkan operasi penternakan babi di kawasan Tanjung Sepat, Kuala Langat mulai tahun ini, sebelum dipindahkan ke kawasan Bukit Tagar pada 2030.
Menurut kenyataan Istana Alam Shah, ia khususnya apabila ada kemungkinan perancangan itu melibatkan pembangunan penternakan babi secara berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara.
Susulan itu, Amirudin dilaporkan berkata, Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor akan mengadap Sultan Selangor pada Isnin ini bagi tujuan menyembah maklum dan membentangkan perincian keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung pengoperasian industri penternakan babi di kawasan itu.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment