Posts

Showing posts from September, 2026

Di Hari Merdeka, Ong Kian Ming Keluar DAP

Image
"Habis madu, sepah dibuang"  —  Anthony Loke sindir Ong Kian Ming? Merujuk satu hantaran di media sosial, bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming memaklumkan meletak jawatan sebagai ahli parti DAP, bermula semalam. Berita Harian memetik bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata, walaupun tidak lagi berperanan sebagai ahli politik, beliau akan kekal berkhidmat demi kepentingan negara dan bersama dengan orang yang mempunyai pemikiran dan minat yang sama. Antaranya, beliau menyatakan komitmen untuk membantu bekas Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-16, seperti mana janjinya pada 10 Januari lalu. "Saudara Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP) (cc Saudara Khoo Poay Tiong, Setiausaha Organisasi Kebangsaan), saya menulis untuk memaklumkan, saya meletak jawatan sebagai ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuat kuasa hari ini, 31 Ogos 2026. Nombor keahlian saya ialah S04-1916-0142612. ...

Ketegasan Presiden Kim Jong Un singkir Menteri Pertahanan Korea Utara

Image
Merujuk laporan di  PYONGYANG oleh  pembekal berita antarabangsa Agensi , portal berita terkenal di Malaysia Astro Awani memetik bahawa  Menteri Pertahanan Korea Utara Encik No Kwang Chol, disingkirkan daripada jawatannya susulan rombakan kepimpinan tertinggi angkatan tentera negara itu. Menurut pembekal berita itu,  Agensi Berita Sentral Korea ( KCNA ) melaporkan keputusan berkenaan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Ke-2 Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Ke-9 Parti Pekerja Korea (WPK) yang dipengerusikan pemimpin tertinggi negara itu, Encik Kim Jong Un, pada Sabtu, 29 Ogos 2026. Selain dilucutkan daripada jawatan Menteri Pertahanan dan kepimpinan pusat parti, No turut diturunkan pangkat sebagai Naib Pengarah Pertama Jabatan Industri Persenjataan WPK. Susulan rombakan itu, Pengarah Biro Politik Am Tentera Rakyat Korea (KPA), Encik Kim Song Gi, dilantik sebagai Menteri Pertahanan Korea Utara yang baharu. Dalam pelantikan kepimpinan yang sama, penasihat pertahanan kanan Enc...