2021 TAHUN JAKIM BUBAR, ZETI BERHENTI, NAJIB LEPAS

 Selamat Menyambut Tahun Baru 2021

2021 juga bakal menyaksikan sekurang-kurangnya satu peristiwa dramatik

"Patutlah..."

TAHUN 2021, akan menjelma sekejap lagi, yang dijangka mencabar dan mencipta suasana lebih sukar, getir lagi kritikal untuk negara dan rakyat jelata, tidak semestinya mesti disambut dengan ekspresi wajah bimbang, muram mahupun gundah gulana.

Antara kejadian dijangka akan berlaku di tahun 2021 ini selain berakhirnya pandemik Covid-19 ialah terbubarnya JAKIM yang semakin dipertikaikan fungsinya.

JAKIM, selain dilihat kehadirannya bertentangan dengan perlembagaan negara oleh orang-orang berkelayakan berpandangan sedemikian, JAKIM juga seolah-olah bertindak melebihi had bidang kuasa dalam konteks keagamaan apabila seumpama cuba jadi abang besar kepada pihak yang berhak memiliki bidang kuasa tersebut iaitu negeri-negeri dalam Malaysia, terkecuali wilayah-wilayah persekutuan.

Dengan peruntukan RM1 bilion setahun, belum lagi yuran jual sticker Halal, keujudan JAKIM semakin lantang dipertikaikan.

Isu daging import yang dikhuatiri tidak halal, menimbulkan spekulasi terdapat amalan rasuah besar-besaran di kalangan orang dalam kerajaan. Malah ada pemerhati yakin pihak atasan dalam JAKIM sendiri turut terjebak.

Tidak mustahil, isu daging import ini boleh menjadi faktor segera keberadaan JAKIM perlu ditiadakan.

Seperti Sultan Perak pernah bertitah, semakin banyak institusi agama ditubuhkan, semakin ramai individu yang diamanahkan kuasa tetapi tidak berintegriti wujud dalam golongan ini.

Beberapa tahun lalu, Sultan Johor juga pernah dilaporkan bertitah bahawa baginda tidak mahu JAKIM terlibat dalam hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Mengenai isu bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, kita wajar melihat perihal rasuah berkaitan 1MDB yang diwar-warkan tanpa prejudis. Sebab kita orang awam masih tidak mendapat gambaran jelas tentang latar belakang di sebalik dakwaan tersebut.

Biarlah Polis dan SPRM menjalankan siasatan dengan profesional, telus dan adil.

Walaupun Zeti tidak semestinya bersalah, beliau dijangka akan melepaskan jawatan pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai simbol personaliti bermaruah. Sambil itu, sebagai komitmen kerjasama penuh kepada pihak berwajib menjalankan siasatan.

Walaupun Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan seorang pelakon profesional seperti Datuk Yusof Haslam, pelopor drama bersiri kepolisan Gerak Khas, lakonan Pendekar Bugis Bossku dalam mengiyakan dakwaan Raja Petra Kamaruddin terhadap Zeti agak natural dan realistik.

Bakat seni politik ahli parlimen Pekan itu mungkin boleh diharapkan bagi melepaskan (sekurang-kurangnya tanpa bebas) PM6 di peringkat rayuan nanti. Seperti bualan di kedai kopi, diperkowtimkan. Sebelum ini, bekas presiden UMNO itu telah dijatuhkan hukuman penjara dan denda di peringkat Mahkamah Tinggi berkaitan kes SRC.

Politik Kelas Kambing dijangka terus menghiasi Malaysia di sepanjang tahun dengan berbagai gelagat dan persembahan yang pasti menghiburkan para penonton sambil mengunyah makanan ringan.

Sama-sama kita tunggu dan lihat ramalan dari Permadu Malaysia ini benar-benar terjadi atau tidak.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021.


oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Dr Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar