Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Ramai sangat yang bercakap bagi pihak Sultan Pahang. Entah ya entah tidak. Biar Sultan Pahang sendiri yang bertitah memperjelas perkara sebenar.

Mencampur aduk politik dan sistem perundangan sangat merbahaya dan boleh menghancurkan negara selain menghakis keyakinan rakyat terhadap pemerintah.

Malangnya, inilah yang telah, sedang dan dijangka akan terus berlaku.

Sudah menjadi rahsia terbuka, persepsi rakyat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diselamatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kes prima facie melibatkan 47 pertuduhan melalui DNAA.

Pada masa sama, Anwar kata dia tidak pernah campur perihal sistem kehakiman di negara ini. Rakyat berhak untuk mempercayainya atau sebaliknya.

Adakah hanya musuh politik yang kena itu satu kebetulan?

Apapun, janganlah kita hanya pandai menyalahkan Anwar sahaja kerana hampir semua perdana menteri terdahulu melakukan perkara yang serupa.

Terbaharu, isu titah addendum yang menjurus bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini seorang banduan, dibayangkan mungkin berpindah dari penjara kepada tahanan di rumah.

Rakyat telah melihat beberapa pihak mengeluarkan kenyataan menimbulkan isu ini, terutama mereka yang mengiyakan ada titah tambahan daripada Sultan Pahang ketika baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Bagi mengelakkan berbagai kenyataan berbunga-bunga dari berbagai pihak yang menambah komplikasi, mengapa tidak kita serahkan kepada Sultan Pahang sahaja untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.

Kalau ada katakan ada. Kalau tiada katakan tiada.

Kalau memang ada titah addendum, maka pihak berkuasa seperti peguam negara, ketua hakim negara dan mahkamah boleh menentukan sama ada ia mengikut atau bercanggah dengan perlembagaan negara.

Jika mengikut perlembagaan, pindahkanlah Najib dari penjara kepada tahanan rumah. Kalau bercanggah, maka tidak perlu diteruskan.

Apa yang susah sangat.

Permadu Malaysia berpendapat kita tidak perlu melayan sangat orang politik dan keluarga orang politik mengupas undang-undang sekiranya ia dengan jelas menjurus ke arah kepentingan politik dan peribadi.

Kalau dilayan, akhirnya kita akan menjadi negara yang tiada undang-undang.

Fikirkanlah.

Lihat contoh berita di bawah:

Malaysiakini melaporkan hari ini Datuk Nazifuddin Najib mengingatkan kerajaan PH-BN agar tidak mengambil sikap sambil lewa berhubung titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah agar bapanya, Najib Razak menjalani baki hukuman di rumah.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu berkata rakyat mahu melihat kerajaan PH-BN "jujur dan telus" berhubung perkara itu.

Katanya, kegagalan berbuat demikian bakal menyaksikan kerajaan PH-BN dihukum pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Rakyat kini menuntut undang-undang agar keadilan ditegakkan dengan penuh ketelusan, tanpa sebarang penyelewengan mahupun gangguan kuasa politik dari sentuhan tangan tangan ghaib.

"Rakyat Malaysia ingin melihat kerajaan PH-BN melakukan sesuatu yang jujur dan telus. Andai kerajaan ambil sambil lewa serta membiarkan tangan-tangan ghaib melakukan sesuatu dengan sesuka hati pada perundangan negara berdaulat Malaysia ini, maka jangan terkejut andai nanti kerajaan akan dihukum pada PRU akan datang,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kenyataan Nazifuddin itu dibuat sehari selepas abang sulungnya Mohd Nizar memfailkan afidavit yang mengesahkan sultan Pahang memberitahu tentang kewujudan titah adendum agar bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan rumah.

Menurut Nazifuddin, titah berkenaan telahpun tersebar melata di media sosial, mengukuhkan lagi hak bapanya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

"Mengapa perlu menyembunyikan kebenaran dan apakah niat sebenarnya pada mereka yang terlibat secara terus perihal titah adendum pengampunan Ayahanda Najib Razak?

"Tindakan ini hanya mendedahkan betapa rendahnya integriti dalam sistem yang kita ada pada hari ini,” tambah Nazifuddin.

Nazifuddin berkata abangnya tidak mungkin tergamak untuk menipu dan memalsukan dokumen dengan menggunakan nama bekas Yang di-Pertuan Agong yang sangat disanjungi dan dihormati.

Takut pengaruh Najib

Dalam pada itu Nazifuddin turut menyelar ahli-ahli politik yang mengatakan titah adendum itu adalah khabar angin dan palsu.

Dia dipercayai merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat bulan bahawa titah adendum berkenaan hanyalah khabar angin (hearsay).

"Bagi saya ia adalah pernyataan yang tidak bijak serta terdesak sesetengah ahli politik bersama penyokongnya, yang saya lihat ibarat takut pada kekuatan pengaruh ayahanda yang sekian hari kian jelas menarik sokongan rakyat," katanya.

Menurut Nazifuddin, dia juga difahamkan bahawa dokumen yang diserahkan Nizar pada mulanya boleh diakses melalui sistem fail mahkamah sebegaimana kes jenayah lain, namun kini telah disekat daripada diakses orang ramai.

"Perbuatan ini jelas mencerminkan ketidaktelusan dan kini rakyat Malaysia sedang menilai dan memerhatikan, serta mula mempersoalkan sistem perundangan negara.

"Setiap hari ayahanda Datuk Seri Najib ‘berehat’ dikamar besi Penjara Kajang, yang mana pada pendapat saya ia adalah salah darı segi moral dan dengan titah addendum yang ‘sah’ ini, ia juga adalah tidak patut membiarkan ayahanda terus terkurung bersedirian di sana.

"Sumpah mubahalah ayahnda Datuk Seri Najib Razak telah mula memberi kesan,” katanya.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!