Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Selamat menyertai Kelab Agamawan Problematik

Nampaknya seorang lagi tokoh agamawan, pendakwah, penceramah motivasi keagamaan dan ilmuwan agama kelihatan terjebak di arena kontroversi berkaitan perlanggaran undang-undang negara yang serius. Jika sabit kesalahan, membolehkan seseorang pesalah dihukum penjara.

Bagaimanapun, ini baru di peringkat siasatan. Oleh itu, ikutilah perkembangannya tanpa prejudis. 

Itulah Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar, atas), bekas menteri dari Barisan Nasional, pernah menjadi ahli Parlimen Baling, Kedah.

Kepopularan Mashitah bermula di era 80an apabila sering muncul menjadi panel penceramah agama dalam rancangan TV Forum Perdana terbitan RTM serta lain-lain program ketika itu.

Kegemilangan Mashitah berada di puncak selepas dilamar kerajaan memerintah, seterusnya bertanding di pilihan raya, menang menjadi ahli Parlimen dan seterusnya dilantik sebagai timbalan menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Dr. Mashitah Ibrahim yang disyaki dan didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM untuk menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. 

SAIFUDDIN Nasution Ismail (dua, kiri) beramah mesra bersama penduduk kampung pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus, semalam.
GAMBAR UTUSAN OLEH PUQTRA HAIRRY ROSLI

“Aduan (laporan) sudah dibuat dan PDRM juga membuka kertas siasatan. Jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dahulu. 

“Tidak perlu timbulkan spekulasi, saya serahkan kepada profesionalisme PDRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” akhbar Utusan Malaysia memetik Saifuddin Nasution sebagai berkata selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Baru Pulau Redang, di Kuala Nerus, Terengganu, semalam.

Sementara itu, beliau menjelaskan, jenayah rentas sempadan di negara-negara Asean termasuk Malaysia dikesan berada pada tahap membimbangkan.

Menurut Saifuddin Nasution, negara-negara Asean secara dasarnya bersetuju mengambil langkah proaktif mengatasi isu berkenaan ketika Persidangan Menteri-Menteri Asean di Laos, empat hari lalu.

Antaranya dengan kerjasama perkongsian maklumat perisikan dan meningkatkan keupayaan pasukan penguatkuasaan di setiap negara masing-masing. 

“Ketika di Laos, semua negara mengakui ‘trend’ jenayah rentas sempadan meningkat termasuk kes pemerdagangan manusia dan kita (Malaysia) setuju dengan pandangan itu. 

“Semua negara juga bersetuju beberapa perkara terutama berkongsi maklumat perisikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa. 

“Dalam masa sama pihak berkuasa Malaysia akan terus memperhebatkan usaha bagi membendung masyarakat terlibat dengan sindiket ini,” ujar beliau.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah