Naratif "Melaka Sayang Abah (Muhyiddin)" boleh akibatkan PN kalah teruk

 PAS nampak dengan jelas kedudukan mereka lebih kuat jika bersama UMNO, berbanding Bersatu yang sangat lemah


Berdasarkan maklumat dari sumber dalaman, FMT melaporkan ada ahli PAS yang dikatakan berasa kurang senang dengan keputusan pemimpin parti itu untuk membenarkan penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) oleh calon mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Sumber yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, situasi itu berkemungkinan akan mengundang masalah kepada PN yang dipimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih dikenali sebagai Bersatu.

PAS terkejut

Menurut sumber itu, ramai dalam kalangan PAS yang terkejut dengan pengumuman yang dibuat Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu, PAS dan Gerakan akan bertanding menggunakan lambang PN di PRN Melaka.

Susulan perkara itu, ada sesetengah pimpinan dalam parti Islam terbabit telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara terbuka.

Tuan Ibrahim berterus-terang cadang guna logo PAS sendiri

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, perkara itu harus dibincangkan, manakala Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih berterus terang apabila mengatakan parti itu sebaiknya menggunakan logo mereka sendiri.

Segelintir pemimpin PAS cenderung kepada Bersatu

“Keputusan dalam PN yang membimbangkan PAS ini hanya dibuat oleh beberapa pemimpin yang lebih cenderung kepada Bersatu tetapi bukan semua Ahli Parlimen lain dalam PAS berkongsi sentimen sama.

Krisis PAS-Bersatu boleh meledak bila-bila masa

“Ramai dalam PAS sedar bahawa mereka lebih kuat sekiranya sehaluan dengan Umno,” kata sumber itu yang menjelaskan isu logo akan memburukkan situasi.

UMNO jauh lebih kuat dari Bersatu

Sumber itu berkata, ia terutamanya apabila jentera dan akar umbi Umno di Melaka jauh lebih kuat berbanding Bersatu.

Bersatu berpecah

Katanya, Bersatu berpecah kepada dua kumpulan yang terdiri daripada ahli asalnya dan mereka yang berpaling tadah daripada Umno dan PKR.

"Melaka Sayang Abah" kerajaan gagal

“Ia juga tidak membantu PAS apabila PN mendendangkan naratif ‘Melaka Sayang Abah’. Beliau memimpin kerajaan yang gagal dan bagaimana ia boleh membantu kita untuk menarik undi?” katanya.

Krisis PAS-Bersatu lebih dari isu logo

Penganalisis sosio-politik dari Universiti Malaya (UM) Dr Awang Azman Pawi berkata, beliau percaya rasa kurang senang dalam PAS bukan sekadar mengenai penggunaan logo PN dalam PRN Melaka.

“Ia hanya sebahagian kecil daripada masalah yang ada dan saya percaya akar umbi PAS masih melihat kerjasama dengan Umno lebih menguntungkan berbanding Bersatu, terutamanya di Melaka.

Bersatu yang lemah boleh jejas kekuatan PAS 

“Bersatu tidak kuat di Melaka dan ini akan menjejaskan PAS. Berada dalam blok yang tewas dalam PRN boleh menjadi ukuran kepada sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Awang Azman berkata, rasa kurang senang dalam kalangan akar umbi PAS juga boleh menyebabkan ahlinya memboikot PRN Melaka bagi memberi petunjuk jelas kepada kepimpinan parti.

Personaliti Muhyiddin

Katanya, naratif “Melaka Sayang Abah” mungkin akan menjejaskan hubungan Bersatu dan PAS kerana ia lebih menonjolkan personaliti Muhyiddin dan bukannya gabungan itu sendiri.

PAS for all !


“Ia seolah-olah menunjukkan PAS langsung tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan tetapi hanya sokongan kepada Muhyiddin.”

End©Permadu

    Disediakan oleh Fauzi Kadir

    Dibantu oleh Nazura Othman,
    Penulis Berita Permadu Malaysia




    Dibawa kepada anda oleh Ketua Pengarang

    © 2021 Permadu Harmony Bersepadu
    Semua Hak Cipta Terpelihara
    E-mail permadu@gmail.com


Permadu


DITERBITKAN DENGAN KEBENARAN JEMAAH SIDANG PENGARANG

Comments

  1. PADAN MUKA lu si PAS, Parti PENYAMAQ 'pejuang Islam'-PALA HOTAK lu!! Akibat KETAMAKAN, KERAKUSAN & KEBONGKAKAN lu pd. KUASA & KEMEWAHAN sampai sanggup MENJILAT hanyir si ANJING2 Pendatang2 KAFIR dajal/Melayu2 HOMO liberal dr. rejim DIKTATOR mahiaddin NAZI-GILA Seks HARAM dgn. BINI Cina bekas Pendakwaraya PARIAH/BERSATU Zionis NAZI - sampai sanggup mengHINA/mengGERTAK/mengKHIANATI akan UMNO & YAM DS Najib, serta Pemimpin2 TULEN lain dlm. UMNO, dgn. amat KEJI, maka baiklah lu MAMPOS aja PAS dlm. LONGKANG penuh SAMPAH oi!! BENCI betul 'ULAMA2' PENIPU mcm. ni!!

    KEPARAT 'ulama2' PENYAMAQ penipu dlm. PAS ni terutamanya si hadi & takiyuddin amat BANGSAT tu!!

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri