Majlis Raja-Raja cadang PM tak terlibat perlantikan hakim

 Penglibatan perdana menteri seperti ketika ini boleh mengakibatkan konflik kepentingan diri dan politik

Majlis Raja-Raja hari ini mengesyorkan supaya perdana menteri tidak campur tangan dalam perlantikan lima wakil dalam Suruhanjaya Perlantikan Hakim (JAC), sebuah badan yang memberikan cadangan calon untuk menjadi hakim mahkamah, demikian menurut laporan MalaysiaNow

Ia adalah susulan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (gambar, atas sekali) yang berjalan selama dua hari di Istana Negara bermula semalam.

Dalam kenyataannya, Majlis Raja-Raja berkata struktur JAC ketika ini mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki, di samping turut mengatakan keanggotaannya adalah kritikal bagi memastikannya terus berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber.

Ketika ini, empat dari sembilan anggota JAC adalah terdiri daripada hakim-hakim kanan, sementara lima lagi anggota adalah lantikan perdana menteri.

Tuanku Muhriz berkata perlu wujud keanggotaan yang lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak.

"Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, Beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli-ahli JAC tidak dibuat oleh perdana menteri. 

“Sebaliknya ia diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

Tuanku Muhriz berkata perlu wujud keanggotaan yang lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak dalam JAC.

"Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, Beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli-ahli JAC tidak dibuat oleh perdana menteri. 

“Sebaliknya ia diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

Tuanku Muhriz turut menggesa supaya struktur dinilai semula dengan rundingan bersama kerajaan, anggota JAC dan pihak berkepentingan lain yang relevan.

“Sekiranya semua ini dilaksanakan, Beta yakin JAC akan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menjadikan pemilihan serta perlantikan hakim-hakim di Malaysia adalah di kalangan individu yang berkeperibadian mulia, telus dan adil."

JAC ditubuhkan pada 2009 bagi memastikan dan mengemukakan syor pemilihan yang setara dalam perlantikan calon untuk pertimbangan perdana menteri.

Pengkritik mempersoalkan peruntukan yang membolehkan perdana menteri melantik majoriti anggota suruhanjaya tersebut, selain kuasanya dalam menggugurkan mereka daripada badan itu, mengatakan ia menunjukkan wujud naungan politik dalam badan kehakiman negara.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?