Kisah Jho Low meminang penyanyi
Berita Flashback
Bertentang mata di dalam satu majlis, seorang billionaire yang berasal dari Pulau Pinang tiba-tiba menjadi tidur tak lena, makan tak kenyang, hatta mandi pun tidak basah.
Elva Hsiao |
Itulah yang dinamakan cinta pandang pertama. Terpikat, terharu dan terpesona dengan kejelitaan seorang penyanyi pop antara yang paling ngetop di Taiwan. Nama penyanyi itu pun sedap juga iaitu Elva Hsiao.
Ini bukanlah cerita baru sangat. Tetapi tidaklah terlalu lama. Malah mungkin masih segar dalam ingatan para pengikut orang kaya muda yang berbadan gempal ini.
Peristiwa ini berlaku lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Lebih tepat, di bulan Ogos, 2012. Lebih mudah ingat lagi, ketika itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan perdana menteri Malaysia.
Mohd Najib Tun Abdul Razak |
Menjelang PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini, cerita lama boleh menjadi baru, segar dan sedikit berguna.
Diberitakan oleh sebuah tabloid di Hong Kong, Apple Daily, billionaire berkenaan, Low Taek Jho, juga lebih terkenal dengan nama Jho Low, membelanjakan RM4.9 juta untuk majlis peminangan berprestij itu. Agaknya dari mana datang duit yang banyak itu.
I k l a n 💖:
Ad©Permadu A D V E R T I S E M E N T
Majlis bermula dengan ketibaan pasangan yang meminang dan dipinang dari sebuah kereta Rolls Royce berwarna hitam.
Suasana romantis mengiringi kedua bakal mempelai menuju ke pantai laut eksklusif disambut lambang ❤️ gergasi di atas pasir, dengan ratusan lilin bertiupan api menyala mengelilingi lambang ❤️ itu.
Ketika mereka sedang minum dan duduk berbual mesra, barang-barang hantaran, termasuk barang kemas jenama Chopard, untuk dihadiahkan kepada penyanyi wanita berusia 33 tahun itu, tiba melalui beberapa buah payung terjun yang mendarat ke bumi dengan penuh manja dan lembut.
Apa yang agak memeranjatkan, majlis itu berakhir dengan peminangan Jho Low ditolak.
Jho Low diberitakan berasa amat hiba, gundah gulana dan sering menghabiskan masa mendengar lagu-lagu cinta bertemakan kekecewaan.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Jho Low menafikan majlis tersebut adalah satu urusan meminang penyanyi Taiwan itu. Sebaliknya, ia hanyalah pertemuan romantis antara dua personaliti ternama.
Seorang penganalisis berpandangan pertemuan itu hanya satu persembahan lakonan yang mempunyai agenda lain atas tujuan tertentu.
Mungkin ini duit rakyat yang digunakan untuk perbelanjaan bukan-bukan
End©Permadu
Nukilan Fauzi Kadir |
Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Comments
Post a Comment