Sampai hati mu Anwar, keluh Mariam seperti pasangan gagal bercinta
Tindakan dan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa masuk sejumlah tertentu warga Palestin di Gaza yang cedera akibat diserang tentera Israel dalam perbalahan tidak berkesudahan antara dua pihak, menimbulkan persoalan "ketelusan" pemilihan mereka yang berjaya dibawa masuk.
WAWASAN 2100π
Bukan sahaja rakyat Malaysia yang ingin tahu, tetapi juga di kalangan rakyat Palestin sendiri, demikian menurut pandangan penulis politik dan pengkritik terkenal Puan Mariam Mokhtar.
Mariam juga menasihatkan Anwar supaya tidak hipokrit dengan hanya memberi tumpuan kepada Palestin, tetapi tidak berbuat apa-apa kepada mangsa kes hampir sama di Ukraine, Yaman, Bangladesh dan lain-lain.
Pada masa sama, Mariam berpendapat banyak masalah seperti kos sara hidup, beras tempatan (60% bekalan dalam negara) tiba-tiba hilang di pasaran, isu kesihatan seperti pesakit mati kerana terlalu lama menunggu giliran dan beberapa perkara lain yang membawa maksud masalah dalam negara sendiri masih banyak yang gagal diselesaikan.
Ucapan Mariam Sampai hati mu Anwar timbul apabila bekas Prime Minister-In-Waiting itu dikatakan ego, tidak boleh ditegur serta Anwar menganggap pengkritik kemasukan warga Palestin sebagai tidak berperikemanusiaan.
Selamat menonton video yang disampaikan sendiri oleh Mariam Mokhtar:
Video ini diterbitkan lebih kurang sepuluh hari yang lalu.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment