PERBICARAAN NAJIB SEMAKIN RANCAK, MENDEBARKAN

Berita Mahkamah Berprofil Tinggi Bahasa Melayu
RM4 bilion wang dari KWAP masuk ke akaun SRC Internationaĺ

Mohd Najib Abdul Razak,
mantan perdana menterì

Perbicaraan kes bekas perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak berkaitan SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari ke-11 hari ini, Selasa 30 April 2019. Suasana semakin rancak dan mendebarkan.

Antara lain, saksi Wedani Senen, 45, memberitahu mahkamah jumlah keseluruhan sebanyak RM4 bilion dimasukkan ke dalam SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012.

Wedani menyatakan sejumlah RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International melalui empat transaksi, masing-masing RM500 juta di setiap transaksi pada 29 Ogos 2011.

Menjawab pemeriksaan dari Timbalan Pendakwa Raya DPP Sulaiman Kho Kheng Fuei, Wedani berkata sistem teras perbankan memerlukan surat rasmi kerana had perbankan yang boleh dikendalikan pegawai bank berpangkat pengurus dan ke bawah adalah pada amaun maksimum RM500 juta sahaja. Amaun melebihi RM500 juta memerlukan kelulusan pengurus kanan.

Wedani Senen, pengurus Unit Rentas, Pusat Kiriman Wang, AmBank

Sejumlah RM2 bilion lagi dikreditkan secara sekaligus (lump sum) dalam satu transaksi melalui Sistem Rentas (Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata) pada 28 Mac 2012.

Menurut Wedani, duit RM2  bilion diterima dari KWAP pada jam 5.40 petang, hanya masa 20 minit sebelum Bank Negara tutup pada jam 6.00 petang. Jadi, pihak bank memasukkannya ke akaun SRC International secara sekaligus.

Wedani adalah remittance centre manager atau pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang AmBank.






oleh Fauzi Kadir
Permadu Malaysia
2019 Hak Ciota Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Wasting public money and risky move to quit and contest again