Masih ramai tidak tahu di mana letaknya titik tengah Semenanjung Malaysia

Mohd Sharkar Shamsudin
(Gambar NST)
Satu lagi destinasi pelancongan signifikan di Malaysia


BAGI mereka yang terlepas menonton Buletin Utama di saluran televisyen popular TV3 semalam, orang ramai masih berpeluang menyaksikan petikan berita mengenai Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh, Pahang sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia menerusi Facebook Watch Mohd Sharkar Shamsudin.

Tanpa disedari ramai orang, TV3 menyatakan bahawa Temerloh bukan sahaja sangat dikenali sebagai Bandar Ikan Patin, tetapi juga merupakan lokasi penting kedudukannya yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.

Terletak lebih kurang 140 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur, jangka masa perjalanan dari ibu negara Malaysia itu mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit melalui Lebuh Raya Karak (Karak Highway) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Exco Kerajaan Negeri Pahang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) Kawasan Lanchang, Temerloh, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar Shamsudin memberitahu TV3 adalah penting bagi semua rakyat Malaysia mengetahui kedudukan Lanchang, Temerloh yang berada di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.

Beliau seterusnya menggalakkan orang ramai mengunjungi lokasi penting ini selepas berakhirnya tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) nanti. 

Ini merupakan satu lagi destinasi pelancongan signifikan yang diharap dapat merancakkan semula industri pelancongan domestik di negara ini, kata penyampai stesen televisyen tersebut yang bersependapat dengan pandangan Mohd Sharkar Shamsudin.

Selamat menonton video 📸 petikan berita dari TV3 mengenai Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia:

https://fb.watch/3WaedwXg4_/




Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com


Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
(Sedang bercuti dan meletak jawatan berkuatkuasa 1 Mac 2021)

Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?