HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI DI BRUNEI BERKUATKUASA RABU, 3 APRIL 2019

BERITA DARI BRUNEI
Hukum yang ditangguhkan sebelum ini akan mula dikuatkuasakan pada hari Rabu 3 April 2019


Sultan Hassanal Bolkiah,
The King and Chief Executive of Brunei
RAJA DAN KETUA EKSEKUTIF NEGARA BRUNEI

KERAJAAN Brunei akan menguatkuasa hukuman rejam sampai mati, bagi pesalah zina dan seks sejenis, sebagai hukum syariah bermula Rabu 3 April 2019, lapor agensi berita antarabangsa AFP.

The recent celebration of golden jubilee
MERAYAKAN JUBLI EMAS PEMERINTAHAN BAGINDA

Hukuman itu hanya dikenakan kepada mereka yang beragama Islam, mengikut undang-undang syariah yang digubal empat tahun lalu, tetapi ditangguh pelaksanaannya.

Perkara itu dinyatakan notis Pejabat Peguam Negara Brunei bertarikh 29 Disember 2018 dan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah dijangka membuat pengumuman rasmi pada 3 April 2019.

Brunei, the Islamic country
BRUNEI, SEBUAH NEGARA ISLAM

Menurut laporan itu lagi, hukuman potong tangan atau kaki bagi kesalahan mencuri juga akan turut dilaksanakan. Kesalahan mencuri pertama melibatkan tangan kanan dan kesalahan kedua kaki kiri.

Bandar Sri Begawan, ibu negara Brunei

Bagaimanapun, laporan AFP dan notis Pejabat Peguam Negara tidak menyatakan samada golongan kerabat diraja Brunei turut tertakluk kepada hukuman tersebut atau mereka dikecualikan dari undang-undang baru itu.

Pada 27 Mac 2019, badan hak asasi manusia Amnesty International menggesa negara itu "segera menghentikan" pelaksanaan hukuman baru itu.






oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar