PANDANGAN DAN PENDIRIAN PAS SEMAKIN SELARI DENGAN DR MAHATHIR

Politik Malaysia
Pandangan terbuka Abdul Hadi bukti beliau mengamalkan politik matang dan sejahtera

Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

TANPA prasangka, presiden PAS yang menerajui politik matang dan sejahtera di negara ini membayangkan sokongan wajar terhadap kepimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir
Mohamad,
Perdana
Menteri
Pagi semalam, Selasa 26 Mac 2019, ketika bercakap kepada pemberita di parlimen, Abdul Hadi Awang mempertahankan Dr Mahathir sebagaì seorang pemimpin yang tegas, tetapi bukan diktator.

Pada malam sebelumnya, Isnin 25 Mac 2019, presiden PAS itu menyifatkan pendirian kerajaan menerima Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) adalah kerana ia bukan perjanjian yang ketat dan Malaysia tidak terikat dengan sebarang keputusan dibuat badan itu sekiranya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, menurut Abdul Hadi, keputusan kerajaan untuk menerima Statut Rome sebagai bukan satu masalah.


"Jika Malaysia terima (untuķ kes dibawa ke ICC) sekali pun, apabila ada apa-apa penyelesaian diputuskan, (pelaksanaan penyelesaian) mestilah dengan izin kerajaan.

"Kalau negara kita enggan bawa kes ke ICC, ia tidak boleh dibawa. Sebab itu Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa Malaysia ada sikap tersendiri.

"Bukan ikut Statut ini semata-mata, ada benda yang tidak sesuai dengan kita, kita tidak boleh ikut.

"Kerajaan tidak terikat dengan Statut ini sebenarnya. Ia satu perjanjian yang sangat longgar dan tìdak kuat," Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata di satu forum di Bangi, pada 25 Mac 2019.





oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Wasting public money and risky move to quit and contest again