Penguat kuasa tergolek, terkulai layu selepas dibelasah dua beranak

Gambar tular di media sosial memaparkan seorang anggota penguat kuasa susulan pergelutan dengan seorang individu ketika operasi menangkap anjing liar. (Gambar Facebook)

Polis membuka dua kertas siasatan terhadap dua beranak kerana disyaki mengasari anggota penguat kuasa ketika operasi menangkap anjing liar, lapor FMT.

Ketua Polis Muar, Encik Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata individu berusia 52 tahun dan 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awan, dan Seksyen 353 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 5.45 pagi, kelmarin. Dua beranak itu ditahan pada hari yang sama di rumah. Mereka direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan, FMT merujuk laporan Berita Harian.

Menurut polis, semasa operasi dijalankan, dua beranak terbabit dipercayai mempertikai tindakan anggota Majlis Perbandaran Muar bagi menghalang tugas serta cuba melepaskan anjing yang ditangkap.

Katanya, tindakan itu mencetuskan pergelutan apabila seorang anggota penguat kuasa cuba meleraikan situasi terbabit.

“Akibat kejadian itu, anggota penguat kuasa berusia 45 tahun cedera di lengan kiri,” kata Raiz.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country