A Kadir Jasin gambarkan secara tersirat PH akan kalah teruk di PRN Johor


PETUNJUK AWAL PRN JOHOR


1. Sedikit sebanyak, Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Johor (PRN) sudah mula memberi bayangan mengenai politik nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16. 

2. Barisan Nasional (BN) sudah mengotakan slogan "go solo" dengan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN negeri itu. 

3. Pakatan Harapan (PH) membalas dengan mencabarnya di setiap kerusi. Ia bertanding 56 kerusi juga. 

4. Maksudnya dua parti Kerajaan Perpaduan Madani itu melakukan "-off" secara total di Johor.

5. Dasar lawan sampai mati ini tidak syak lagi akan menjadikan sebarang kerjasama antara PH dan BN dalam PRU akan datang sangat sukar. 

6. Di pihak lain pula, Pas yang bertanding 11 kerusi  atas nama Perikatan Nasional (PN) menyeru ahli dan penyokong supaya mengundi BN di mana ia tidak meletakkan calon. 

7. Tujuan langkah tersebut adalah menyekat kemenangan calon-calon PH. Nampak seolah-olah setiap parti yang bekerjasama dengan parti pimpinan Anwar, berkesudahan dengan permusuhan sengit.

8. Adakah ini bermakna Pas akan sertai BN bagi menubuhkan kerajaan campuran di Johor jika BN tidak menang cukup kerusi?

9. Kalau ini terjadi, cakap-cakap tentang kerjasama parti-parti Melayu mungkin menjadi kenyataan dan sekali gus memberikan Pas tapak yang lebih luas di Johor, di mana ia tidak begitu berjaya.

10. Nanum tangan persahabatan yang Pas hulurkan itu tidak dapat disambut oleh BN kerana dasar "go solo" dan bertanding di kesemua 56 kerusi. Lagi pun, dinosaur Umno Johor sudah mula memperlekehkan langkah Pas itu.

11. Langkah Pas itu akan memberi tekanan tambahan kepada PH, khususnya PKR dan Amanah. PKR bertanding 20 kerusi dan Amanah 19. DAP bertanding 17. 

12. PKR akan juga diasak, buat pertama kali, oleh parti serpihannya, Bersama, pimpinan Mohd Rafizi Ramli yang bertanding di 15 kawasan. Parti-parti PN bertanding di 33 kawasan. 

13. Kita boleh kata, PRN Johor ini adalah "free-for-all" dengan seramai 172 calon daripada lapan buah parti dan bebas bertanding. 

14. Sebagai perbandingan, dalam PRN 2022, BN menang 40 kerusi dan PH 16. Kerusi BN bertambah 24 manakala PH merosot 14. PH menang 27 kerusi dalam PRN 2018, apalah ia dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad. 

15. Johor sering disebut sebagai negeri kelahiran Umno dan kubu pertahanan terakhir. Kecuali dalam PRU dan PRN 2018 saja Umno kecundang. 

16. Satu faktor tambahan yang sering disebut dan dikhuatiri oleh sesetengah pihak adalah "peranan" Istana dalam politik dan pentadbiran negeri. 

17. Saya mungkin silap, tetapi telah mendapat maklumat yang sangat positif iaitu Istana Johor telah mengambil langkah "memisahkan" diri daripada PRN ini supaya ia berlangsung dalam keadaan bebas dan pihak Istana tidak dipersoalkan. Alhamdulillah. 

18. Kesimpulannya, perkembangan PRN Johor setakat ini dan keputusannya pada 11 Julai nanti akan menjadi pratayang (preview) kepada PRU Ke-16 nanti. 

Terima kasih.


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau hari ini, Isnin 29 Jun 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh




Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?