Selepas Najib jatuh pada Mei 2018, BR1M diteruskan dengan berbagai jenama lain sampai sekarang

Rafizi perlu bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan akan datang, boleh jadi PM

Rafizi juga perlu lakukan lebih dari sekadar bercakap

Bantuan kepada rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu diinstitusikan seperti mana negara berkebajikan, selain tidak perlu dijadikan modal politik oleh kerajaan.

Mengulas Belanjawan 2026 yang dibentangkan di parlimen semalam, Malaysiakini melaporkan bekas menteri ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai berpendapat bantuan kerajaan Madani masih dilihat sebagai kesinambungan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kata Rafizi, mana-mana kerajaan yang memerintah memang pasti akan mempertahankan program kebajikan seumpama itu tetapi ia masih boleh ditambah baik.

"Ini tak boleh jadi modal politik dah, ia sama – setiap kerajaan akan mempertahankannya (program kebajikan).

“Isunya ialah kerajaan mana yang berjaya menambah baik (inisiatif bantuan tersebut).

"Buat masa sekarang sistem bantuan tunai kita, yang ini belum diinstitusikan lagi,” portal itu memetik kata-kata Rafizi dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri malam tadi.

Menjelaskan maksudnya, Rafizi berkata, apa yang boleh dilakukan dengan menginstitusikan inisiatif tersebut ialah agar pengagihannya dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Misalnya, kata Rafizi, seperti institusi pendidikan yang kini tidak lagi memerlukan seseorang untuk memohon untuk membolehkan anak mereka bersekolah sebaliknya cukup dengan proses pendaftaran.

Jauhi amalan lama, rakyat beratur

Bagi pelajar yang layak, katanya, mereka kemudian aan diberikan pelbagai bantuan.

"Setakat ini STR atau Sara masih lagi dilihat sebagai kesinambungan BR1M yang dulu, dan selepas ini kalau kerajaan bertukar, (inisitaif tersebut) jadi benda lainlah pula (namanya), bukan STR Sara.

“Tapi kalau diinstitusikan, untuk siapa yang layak, setiap kerajaan akan bayar (tanpa terjejas oleh pertukaran kerajaan)," katanya.

Rafizi pada masa sama turut mengkritik pengumuman kerajaan yang mahukan bantuan awal persekolahan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa oleh guru dan tidak boleh lagi disalurkan melalui akaun.

Katanya, langkah itu bukan sahaja langkah mengundur, malah akan menambahkan beban tugas guru yang sepatutnya fokus kepada usaha mendidik murid.

Ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun berpendapat, mungkin ada ahli politik yang berpendapat pemberian bantuan tersebut wajar dibuat seperti pengagihan BR1M dulu.

Langkah tersebut, katanya, memang memberi keuntungan kepada orang politik sebab meningkatkan populariti atau publisiti masing-masing.“Tapi bagi cikgu, cikgu marah kot sebab tugas cikgu ialah untuk mengajar. Lepas ni jadi ‘pegawai kebajikan’ pula,” katanya.

Tambah Rafizi kerajaan Madani wajar melangkah ke depan dengan pendekatan baru bagi memenangi pilihan raya, dan tidak mengulangi amalan seperti semasa Najib yang beranggapan bahawa cash is king.

“Saya rasa kerajaan Datuk Seri Anwar ni, kita patut jauh ke depan lagilah, jauhi gaya lama yang rakyat kena beratur ambil bantuan," katanya lagi.

Semalam ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 akan disalurkan secara tunai kepada ibu bapa di sekolah.

Katanya, seramai 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima bantuan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM800 juta.

Di zaman Najib PM, Rafizi sendiri pernah cakap kerajaan mampu beri pendidikan percuma sampai ke universiti, sekarang cerita lain pula

Sementara itu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR mendakwa pengumuman pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengakibatkan masalah institusi itu semakin ‘membengkak’.

Jelas Rafizi, ketika ini PTPTN berdepan dengan hutang yang dijamin kerajaan sebanyak RM41 bilion.

Sepatutnya, kata Rafizi, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha untuk mendapatkan kembali bayaran balik hutang RM41 bilion itu.

"Masalah hutang PTPTN RM41 bilion tak selesai lagi. Ia umpama ambil duit dari poket kiri (masuk) ke poket kanan.

“Kalau tak berhati-hati masalah PTPTN yang sedia ada akan semakin membengkak,” katanya.

"Saya gemar kepada pendekatan menyeluruh...kalau tak ia sekadar kosmetik ataupun pengumuman populis. Yang itu yang kita bimbang dengan PTPTN," kata Rafizi lagi.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim