Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam (KPK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Senyuman Boss semanis cukai

Penafian semata-mata sambil meminta orang ramai percaya adalah tidak memadai, SPRM wajar siasat juga

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan hantaran tular yang mendakwa Ketua Pengarah Kastam (KPK), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin menyalahgunakan peruntukan kerajaan untuk bercuti di Bangkok, Thailand baru-baru ini, media tempatan melaporkan semalam.

JKDM yang dipercayai berada di bawah kawalan Anis Rizana sendiri, menerusi kenyataan memaklumkan dakwaan itu turut menyatakan KPK Anis Rizana bercuti bersama keluarga dengan menaiki penerbangan kelas perniagaan.

Menurutnya, JKDM ingin membuat penafian terhadap tohmahan dan fitnah tidak berasas yang telah dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Dimaklumkan bahawa pengambilan cuti KPK selama dua hari, iaitu pada 30 Oktober 2024 dan 1 November 2024 telah diluluskan Datuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) selaku Pegawai Pengawal JKDM melalui Sistem HRMIS, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia - Kemudahan Cuti, Ceraian SR.5.1.1.

"Beliau juga meluluskan permohonan KPK ke luar negara atas urusan peribadi mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012, Peraturan Perjalanan Pegawai Awam ke Luar Negara atas Urusan Persendirian," Sinar Harian memetik JKDM sebagai berkata menerusi kenyataan semalam, Sabtu 2 November 2024.

Katanya, tiada sebarang peruntukan jabatan digunakan untuk membayar kos penerbangan atau penginapan atau sebarang kos lain yang berkaitan.

"Tiada peruntukan digunakan untuk perjalanan KPK dan keluarga ke Bangkok seperti yang ditohmah di platform media berkenaan.

"Segala kos sepanjang lawatan peribadi tersebut ditanggung sepenuhnya oleh KPK sendiri," katanya.

Menurut kenyataan itu, semasa KPK berada di Bangkok atas urusan peribadi, beliau telah mengambil peluang untuk menghadiri Kejohanan Tinju Antarabangsa.

"Ini bagi menyokong dan memberi semangat kepada warga JKDM iaitu Adli Hafidz yang mewakili Malaysia dan memenangi kejohanan antarabangsa tersebut serta mengharumkan nama negara.

"Adalah menjadi amalan KPK untuk sering memberi sokongan yang padu serta semangat kepada warga JKDM dalam mencapai kejayaan yang cemerlang," katanya.

Tambahnya, diharapkan dengan penjelasan ini, sebarang kekeliruan atau spekulasi yang tidak berasas dapat dihentikan.

"JKDM meminta semua pihak untuk memberikan fokus kepada usaha-usaha menjaga keselamatan dan kestabilan ekonomi negara, serta terus mempercayai integriti dan dedikasi yang dipegang KPK.

"JKDM sentiasa berusaha menangani penyebaran sebarang bentuk surat, emel, berita ataupun apa-apa kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab secara berterusan bagi memastikan kepentingan awam sentiasa terpelihara," katanya.

Jelas kenyataan itu, laporan polis juga telah dibuat untuk menjaga nama baik dan imej KPK dan JKDM bagi menafikan tentang tohmahan dan fitnah berkenaan.

"JKDM meminta orang ramai agar lebih berhati-hati dan prihatin dengan membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu daripada sumber rasmi JKDM mengenai apa-apa maklumat yang diterima," katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?