Pakar Ekonomi PAS Kritik Belanjawan 2026

Seorang pakar ekonomi yang juga ahli parlimen PAS menganggap belanjawan yang dibentangkan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat kelmarin sebagai “tempang” di sebalik pelbagai inisiatf dan pengumuman dibuat, Malaysiakini melaporkan semalam.

Menurut Ahli Parlimen Bachok, Encik Syahir Sulaiman, dia melihat Belanjawan 2026 itu dibentangkan dalam suasana politik dan ekonomi yang mencabar.

Ungkapan “sukacita diumumkan” disebut menteri kewangan merangkap perdana menteri kelmarin, katanya, juga menghantar isyarat bahawa perancangan ekonomi kerajaan itu tidak sekadar belanjawan fiskan sebaliknya belanjawan pra-pilihan raya.

Syahir yang dianggap antara pakar ekonomi dalam PAS beranggapan, ada kemungkinan PRU ke-16 diadakan lebih awal pada tahun hadapan.

“Walaupun kerajaan menekankan keseimbangan antara pertumbuhan dan kebajikan rakyat, trajektori pertumbuhan sederhana ini menunjukkan ruang fiskal yang terhad untuk merangsang ekonomi secara lebih menyeluruh,” katanya dalam kenyataan kelmarin, Jumaat 10 Oktober 2025.

Tambah Syahir, pelbagai perumtukan yang diumum Anwar menunjukkan kerajaan mahu menurunkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan selaras dengan komitmen di bawah Akta Tanggungjawab Fiskal.

Menganggap langkah itu sebagai wajar, Syahir juga mengingatkan bahawa ia berisiko mengehadkan ruang bagi pembangunan strategik yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan jangka panjang.

“Malah Belanjawan 2026 dilihat suatu permulaan yang tempang untuk memenuhi aspirasi jangka panjang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Dari segi agihan wilayah, tumpuan utama diberikan kepada Sabah dan Sarawak melalui pelbagai projek infrastruktur dan peruntukan khas, yang dilihat berkait dengan persediaan menghadapi pilihanraya negeri (PRN) akan datang.

Sebaliknya, negeri-negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, tidak menyaksikan limpahan pembangunan yang seimbang walaupun negeri-negeri ini masih berdepan kekurangan infrastruktur asas serta kadar kemiskinan relatif yang tinggi,” katanya.

Dari aspek sosial, tambah Syahir, peningkatan jumlah dan liputan bantuan tunai seperti Skim Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) memberi sedikit kelegaan kepada isi rumah berpendapatan rendah, di samping pelbagai subsidi dan bantuan tunai kepada petani, nelayan, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah, dan mahasiswa.

“Namun, langkah ini tidak menyelesaikan isu struktur seperti ketidakseimbangan gaji, kenaikan harga barangan keperluan dan kekurangan peluang pekerjaan berkualiti.

“Bantuan tunai tidak boleh dijadikan pengganti kepada reformasi ekonomi yang sebenar dan menyeluruh,” katanya.

Secara keseluruhan, tambah Syahir, Belanjawan 2026 mencerminkan dilema kerajaan di antara keperluan mengekalkan disiplin fiskal dan tanggungjawab merangsang pertumbuhan.

Walaupun terdapat usaha untuk mengekalkan kestabilan makroekonomi, katanya lagi, belanjawan dibentangkan kelmarin masih kurang berani untuk memperkenalkan reformasi struktur yang lebih mendalam bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh sektor pekerjaan, dan merapatkan jurang pembangunan wilayah.

“Persoalannya, adakah Belanjawan 2026 benar-benar berani membetulkan asas ekonomi negara, atau sekadar menabur ‘bunga-bunga’ menjelang pilihan raya?” katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim