Mahathir cabar Anwar bubar Parlimen
Bekas perdana menteri dua kali sebentar tadi mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membubar Parlimen sebagai membuktikan keberaniannya.
"Kalau Anwar betul-betul berani, bubar sahaja parlimen dan adakan PRU sekarang. Dia tak perlu takut kerana konco-konconya melapor hanya 15,000 orang, hadir perhimpunan (dipercayai merujuk Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai lalu). Dia tentu menang," kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Pemimpin berusia 100 tahun itu seterusnya berkata, dengan PRU, Anwar akan tahu rakyat sokong dia atau tidak.
Anwar bukan pilihan rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia jadi PM kerana menghentikan perbicaraan seorang pemimpin supaya ia boleh bawa partinya sokong Anwar, dakwa Mahathir.
"Tetapi PRU boleh tentukan sokongan oleh rakyat benar dan demokratik. Oleh itu bubarlah parlimen dan adakan PRU sekarang," seru Mahathir kepada seteru politik beliau itu.
Cabaran Mahathir ini timbul susulan Anwar dilaporkan mencabar pihak lawan mengemukakan usul tidak percaya (no confidence motion) dalam dewan rakyat, kalau berhasrat menjatuh Kerajaan.
Cabaran Anwar disindir Mahathir sebagai keberanian yang hebat.
Menurut Mahathir, semua ahli dewan rakyat yang sokong Anwar amat takut akan tindakan yang akan diambil kepada mereka jika mereka tidak sokong Anwar apabila usul tidak percaya dibawa oleh pihak lawan.
"Ada antara penyokong Anwar yang akan kena penjara jika tidak diselamat oleh Anwar. Ada juga yang akan hilang peruntukan jika tidak sokong Anwar.
"Wakil rakyat yang sokong Anwar sokong kerana takut. Mereka tidak bebas. Sebab itu Anwar boleh menang kalau usul tidak percaya kepadanya dibahas dalam parlimen.
"Ahli UMNO yang menyertai perhimpunan raksasa pun sudah diugut, diberi amaran," katanya.
Anwar dipercayai tidak akan mengadakan pilihan raya pada masa terdekat. Ini disebabkan kerajaan pimpinan beliau dilihat amat tidak disenangi dan berada di tahap populariti yang tersangat rendah.
"Kalau PRU sekarang, PKR dan UMNO akan kalah teruk," kata seorang pemerhati politik.
"Silap-silap, Anwar sendiri akan kalah."
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment